Thursday, 14 March 2013
Kelas Permata Bestari
06:26
No comments
Pada tahun ini merupakan tahun yang membawa tuah kepada SENSE. Pada awal tahun 2013, seorang guru yang berpindah dari Sekolah Desa Permai di Kinabatangan telah datang melaporkan diri dan berkhidmat di SENSE. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Ambau anak Janting. Guru ini merupakan opsyen pemulihan dan turut merupakan Guru Cemerlang dalam bidangnya. SENSE sangat bersyukur mudah-mudahan beliau dapat membantu murid-murid yang lemah menguasai ilmu asas yang sangat berguna pada masa hadapan mereka.
Banyak perubahan yang beliau lakukan di sekolah. Salah satu daripadanya ialah beliau telah menjadikan kelas pemulihan yang sedia ada lebih ceria daripada dulu. "Apa sekolah bandar boleh buat, kita juga boleh buat walaupun kita berada di pedalaman" merupakan ayat pertama yang keluar dari mulutnya ketika kami guru-guru lain bertanyakan perihal kelas yang beliau tadbir pada hari ini.
Nama kelas pemulihan itu sendiri beliau telah tukarkan kepada nama kelas yang lebih sesuai didengari. Beliau telah memberikan nama kelasnya sebagai "Kelas Permata Bestari". Biar pun kita sedia maklum mengenai penghuni kelas itu yang lemah dari segala aspek namun semangat beliau dalam mendidik murid-murid lemah merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana kerenah murid itu sendiri mencabar segala sifat-sifat guru. Kunci utama kepada pengendalian kelas seperti ini adalah kesabaran dan sentiasa ceria.
Berikut merupakan sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika admin berkunjung dan berbual dengan beliau. Beliau mampu menceriakan kelas yang dahulunya suram kepada suasana yang lebih kondusif. Projek beliau masih lagi berlangsung dari semasa ke semasa. Gambar yang dipaparkan merupakan usaha beliau selama 3 bulan dari bulan Januari hingga Mac tahun ini.
Tuesday, 12 March 2013
LINUS 2.0 - Ujian Lisan
Dalam memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan, salah satu daripada Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang telah direncanakan oleh pihak KPM ialah LINUS. Perkataan LINUS ini sendiri adalah merupakan akronim atau pun singkatan daripada "Literacy and Numeracy Screening".
Bermula pada tahun ini, KPM telah pun memperkenalkan LINUS 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada LINUS terdahulu. Berdasarkan kepada surat daripada KPM yang sampai ke sekolah, LINUS 2.0 ini perlu dijalankan kepada semua pelajar tahun 1, 2 dan 3. Ujian lisan dan ujian bertulis WAJIB dijalankan mengikut kehendak KPM berdasarkan kepada surat yang telah diterima. Tidak seperti dulu di mana LINUS dahulu hanya dijalankan kepada murid yang tidak melepasi 'Tahap Menguasai" iaitu murid Linus, dan Linus Tegar.
Oleh itu, LINUS 2.0 ini dimulakan dengan ujian LISAN. Ujian ini hendklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 10 Mac hingga 19 April 2013.
Guru-guru boleh mendapatkan dokumen lengkap mengenai LINUS 2.0 di SINI. Dokumen yang dimuat naik hanya berkaitan dengan Ujian Lisan Literasi dan Numerasi.
Saturday, 2 March 2013
SENSE vs SMK BALLEH
05:51
No comments
Pada 26 Februari yang lalu, perlawanan persahabatan di antara SENSE dengan SMK Balleh telah berlangsung. Perlawanan 7 sebelah ini telah bermula ada jam 4 petang. Sepanjang perlawanan sedang berlangsung, keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan. Walaupun begitu, dengan semangat kesukanan yang ada, kami terus berjuang untuk cuba menjaringkan gol di pihak lawan.
Apabila wisel penamat ditiupkan, kami telah tewas di tangan pihak lawan dengan jaringan sebanyak 6 gol berbalas kosong. Walaupun SENSE tewas, tetapi kami tidak tewas sepenuhnya lagi. Kami akan cuba bangkit untuk perlawanan persahabatan seterusnya.
Berikut merupakan beberapa keping gambar sepanjang perlawanan berlangsung.
Sunday, 24 February 2013
LOKASI SENSE
07:53
No comments
Di manakah lokasi sebenar SK Nanga Sempili?
Dengan berbantukan teknologi masa kini, lokasi SENSE telah dapat dikenal pasti dengan menggunakan aplikasi Google Map di dalam telefon pintar dengan sokongan sistem GPS.
Friday, 22 February 2013
PEMERIKSAAN KESIHATAN 2013
23:54
No comments
Pada 20 Februari yang lalu, 3 orang pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Merirai yang terletak berdekatan dengan SENSE telah datang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap guru, kakitangan dan murid sekolah. Pihak SENSE sangat berterima kasih dengan kehadiran mereka datang untuk memeriksa tahap kesihatan kami di sini.
Hal ini kerana pada bulan Januari yang lalu dan baru-baru ini, kawasan Sungai Balleh telah dikejutkan dengan masalah kesihatan yang serius iaitu penyakit kuman air atau pun kencing tikus dalam kalangan guru dan murid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, 5 orang kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Oleh itu, pihak SENSE sangat menanti-nantikan kehadiran pegawai kesihatan untuk datang memeriksa kami dan pada 20 Februari yang lalu mereka telah datang melihat kami.
Syukur kepada tuhan kerana tiada tanda negatif yang dikesan. Selain daripada itu, tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk memberikan suntikan kepada setiap orang murid tahun 1. Setiap murid telah menerima 2 suntikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan tahap ketahanan badan mereka.
Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh salah seorang guru di sini :
Thursday, 7 February 2013
Bantuan Persekolahan 1 Malaysia
20:42
No comments
Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia.
Pada 5 Februari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili telah menyampaikan Bantuan Persekolahan 2013 kepada setiap murid yang telah mendaftar pada tahun ini. Semua warga guru dan staf turun padang bersama-sama untuk menjayakan majlis ini. Bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG 2013 iaitu En. Intai ak. Gindau. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar menggunakan wang bantuan itu dengan sebaiknya.
Berikut adalah foto-foto yang diambil sempena penyampaian wang Bantuan Persekolahan pada hari Selasa yang lalu:
Pada 5 Februari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili telah menyampaikan Bantuan Persekolahan 2013 kepada setiap murid yang telah mendaftar pada tahun ini. Semua warga guru dan staf turun padang bersama-sama untuk menjayakan majlis ini. Bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG 2013 iaitu En. Intai ak. Gindau. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar menggunakan wang bantuan itu dengan sebaiknya.
Berikut adalah foto-foto yang diambil sempena penyampaian wang Bantuan Persekolahan pada hari Selasa yang lalu:
Thursday, 31 January 2013
SENARAI NAMA STAFF SENSE 2013
07:47
No comments
Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pada tahun 2013 ini, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili mempunyai 25 orang kakitangan yang terdiri daripada 16 orang guru dan 9 orang AKS. Sekolah kami ditadbir oleh seorang guru besar iaitu En. Philip Nyalang ak. Chundi dan dibantu oleh tiga orang penolong kanan iaitu PK1, En. Munan ak. Meringai, PKHEM, En. Putera bin Chali dan Cik Bawang ak. Usik sebagai PKKK.
Bagi kakitangan sekolah pula, 9 orang AKS yang terdiri daripada Pembantu Pengurusan Murid, Kerani Kewangan Sekolah, Penyelia Asrama, Tukang Masak dan yang lain telah bertindak sebagai pemangkin sistem pengurusan SENSE pada tahun ini.
Berikut merupakan senarai nama GURU dan AKS pada tahun ini :
Subscribe to:
Posts (Atom)













