Friday 22 February 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN 2013

Pada 20 Februari yang lalu, 3 orang pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Merirai yang terletak berdekatan dengan SENSE telah datang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap guru, kakitangan dan murid sekolah. Pihak SENSE sangat berterima kasih dengan kehadiran mereka datang untuk memeriksa tahap kesihatan kami di sini. 

Hal ini kerana pada bulan Januari yang lalu dan baru-baru ini, kawasan Sungai Balleh telah dikejutkan dengan masalah kesihatan yang serius iaitu penyakit kuman air atau pun kencing tikus dalam kalangan guru dan murid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, 5 orang kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Oleh itu, pihak SENSE sangat menanti-nantikan kehadiran pegawai kesihatan untuk datang memeriksa kami dan pada 20 Februari yang lalu mereka telah datang melihat kami.

Syukur kepada tuhan kerana tiada tanda negatif yang dikesan. Selain daripada itu, tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk memberikan suntikan kepada setiap orang murid tahun 1. Setiap murid telah menerima 2 suntikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan tahap ketahanan badan mereka. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh salah seorang guru di sini : 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...