Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Saturday 19 July 2014

SOALAN PERCUBAAN UPSR DAERAH KAPIT 2014


Thursday 10 July 2014

SUKAN TAHUNAN SENSE 2014

1 Murid 1 Sukan adalah merupakan dasar dari Kementerian Pendidikan yang baru-baru ini diwujudkan bagi memastikan setiap murid berkebolehan untuk menjalani aktiviti di luar PDP dengan baik. Salah satu daripada usaha SENSE yang diteruskan pada setiap tahun yang senada dengan dasar ini adalah SENSE telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-23.

Semua peringkat komuniti telah turut hadir dalam menjayakan aktiviti ini. Pada tahun ini, rumah sukan telah berubah. Kami sepakat untuk menggunakan nama planet-planet yang berada di cakerawala sebagai nama rumah sukan iaitu :

Rumah Jupiter
Rumah Uranus
Rumah Mercury
Rumah Venus

Selain itu juga, pada tahun ini ada sedikit kelainan iaitu kami telah mewajibkan setiap rumah agar ditonjolkan dengan seorang maskot yang mewakili nama rumah tersebut. Oleh itu, tema mahkluk asing dipilih untuk mewakili setiap rumah dan markah maskot turut diambil kira. Keadaan ini telah menjadikan setiap guru dan murid bersungguh-sungguh memastikan rumah sukan yang dianggotai mereka itu menang pada tahun ini.




KEM MOTIVASI UPSR ZUBAL - 2014

 Pada 2 Ramadhan bersamaan dengan 30 Jun,
seramai 11 orang murid tahun 6 SENSE diiringi 4 orang guru tahun enam dan 6 orang pemandu telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang bagi menghadiri satu kem motivasi UPSR. Perjalanan bermula pada pukul 7:30 pagi dan telah tiba di destinasi pada pukul 10 pagi.

Sebanyak 3 buah perahu telah digerakkan menuju ke SK Nanga Stapang. Kem ini bermula pada hari Isnin, 30 Jun dan berakhir pada 3 Julai pada hari Khamis. Sebanyak 6 buah sekolah termasuk tuan rumah telah berkumpul di sana bagi sama-sama duduk berbincang strategi ZUBAL untuk menambahbaikkan kualiti pencapaian UPSR yang bakal bermula pada awal bulan September ini. Berikut merupakan nama-nama sekolah yang menyertai kem motivasi ini :

SK Nanga Kain
SK Lepong Gaat
SK Nanga Stapang
SK Nanga Sempili
SK Nanga Entuloh
SK Temenggong Koh

Suasana yang nyaman dan indah di SK Nanga Stapang dan juga interaksi murid dan guru yang berlainan sekolah diharapkan dapat mengeratkan hubungan baik kita sebagai warga zon ZUBAL pada tahun ini. Keadaan ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada murid untuk berkomunikasi, berkenalan dan bertukar pandangan mengenai cara pengajaran guru masing-masing di sekolah agar dapat dicontohi dan dipraktikkan ke dalam kertas UPSR yang bakal ditempuhi oleh semua murid di Malaysia pada awal bulan September ini.

Perkongsian amalan oleh tiga buah sekolah yang hebat di dalam Zon Ulu Balleh ini iaitu SK Lepong Gaat, SK Ng Stapang dan juga SK Nanga Entuloh dapat memberikan suntikan semangat kepada 3 sekolah lagi untuk bersaing sesama sendiri bagi memartabatkan kualiti pendidikan terutamanya di peringkat zon.

Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang sesi motivasi berlangsung.











Video di atas merupakan video persembahan yang dilakukan oleh murid tahun 6 dan akhirnya SENSE berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan!!!



Video di atas dimuat naik untuk tontonan umum mengenai perjalanan pulang dari SK Nanga Stapang ke SENSE. Kami bernasib baik kerana paras air sungai meningkat sedikit dan keadaan ini memudahkan kami untuk pulang tidak seperti bagaimana perjalanan mula ke Stapang.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SENSE 2014

Guru Pencetus Kreativiti
Penjana Inovasi

Pada 19 Mei 2014 yang lalu, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama menjayakan satu majlis yang penting bagi kami semua iaitu sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Majlis ini turut dihadiri oleh semua guru, AKS dan juga murid-murid.

Pada tahun ini agak berlainan dengan tahun-tahun terdahulu apabila hadiah guru guru telah dijual terlebih awal kepada murid-murid di atas usaha Persatuan Kemahiran Hidup. Murid-murid telah membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih dan sayang kepada guru. 

Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa, bacaan perutusan Menteri Pendidikan oleh En. Abdul Azif, aktiviti memotong kek Hari Guru, nyanyian lagu keramat hari guru dan juga aktiviti kemuncaknya adalah pemberian cendermata murid kepada guru yang disayangi dan juga penyampaian anugerah pilihan murid seperti

Guru Paling Popular --- En. Mohd Afiq
Guru Paling Penyayang --- En. Abdul Azif
Guru Paling Garang --- En. Mohd Afiq
Guru Paling Lawak --- En. Ambau
Guru Paling Ceria --- En. Ambau
Guru Paling Cantik --- Cik Siti Hafizah
Guru Paling Kacak --- En. Iskandar Shah
Guru Paling Kemas & Bersih --- Cik. Halida
Guru Paling Bergaya --- Cik Nordiana

dan juga 3 anugerah murid kepada warga AKS iaitu
AKS Paling Popular --- En. Juing
AKS Paling Penyayang --- Pn. Lust
AKS Paling Garang --- En. Thomas Saga


Seperti biasa, terdapat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis itu berlangsung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...