Monday, 3 December 2012

Latar Belakang SENSE



SK Nanga Sempili, (Kod:YBB 7112) telah ditubuhkan pada tahun 1968 untuk memudahkan masyarakat tempatan yang majoritinya terdiri dari kaum iban untuk mendapat pendidikan formal setaraf dengan penduduk di kawasan bandar.

Block Jugah, yang kini dijadikan blok kelas tahun 5, 6 dan pemulihan adalah bangunan pertama yang ditubuhkan diikuti dengan bangunan yang lain seperti blok Rentap (1978), blok Rosli Dhobi (1985), blok Sharif Masahor (1998) dan seterusnya blok Prasekolah (2007).

 Blok Pentadbiran Sekolah


 Blok Rosli Dhobi
 
 Bangunan Asrama Murid
 
 Sistem Takungan Bekalan Air Sekolah

Gambar Jambatan & Sungai Balleh
Dari segi geografi, SK Nanga Sempili terletak kira-kira 2jam 30 minit perjalanan dengan menggunakan bot ekspres dari bandar Kapit melalui laluan sungai batang Baleh (sungai Baleh). Sepanjang perjalanan ke sekolah dari bandar Kapit, anda akan melalui beberapa buah sekolah di tebing sungai yang berjiran dengannya seperti sekolah SMK Balleh dan juga SK Lepong Gaat. Jarak kedua-dua sekolah ini adalah antara 7- 8km dari Sk Nanga Sempili.

Sungai Balleh merupakan satu-satunya pilihan pengangkutan menghubungkan sekolah dengan dunia luar. Jenis-jenis pengangkutan yang biasa digunakan adalah seperti bot kecil, bot express, tongkang, atau bot panjang. Pilihan pengangkutan ini bula bergantung dengan musim dan aras air sungai. Pada musim kemarau, sudah pasti bot ekspres yang boleh memuatkan 100-150 penumpang bukanlah satu pilihan maka ketika inilah masyarakat menggunakan bot kecil atau bot panjang untuk ke hulu dan ke hilir.

Oleh kerana masalah ketiadaan sistem perhubungan darat, penduduk di kawasan ulu Balleh ini tidak mempuyai bekalan air paip dan juga bekalan elektrik . Air yang digunakan untuk aktiviti harian diambil dari gunung ataupun melalui sistem pancur gravity manakala bekalan elektrik pula adalah dari set janakuasa kecil milik persendirian ataupun sumbangan kerajaan kepada kampung/sekolah. 


Set Janakuasa Elektrik Sekolah (24 jam)

Di SK Nanga Sempili, satu-satunya alat perhubungan yang ada adalah kemudahan internet tanpa wayar ataupun ‘school net’. Kemudahan ini lah yang menjadi penyambung kehidupan guru-guru di sekolah ini dengan dunia luar. 

Pusat Sumber Sekolah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...