Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Saturday 30 November 2013

Hari Kecemerlangan 2013 SENSE

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Sebelum tirai tahun 2013 dilabuhkan sebagai simbolik akan tamatnya sesi persekolahan dan juga permulaan bagi cuti persekolahan pada tahun ini, Sekolah Nanga Sempili (SENSE) telah mengadakan Hari Kecemerlangan 2013 dengan gilang-gemilanya.

TAHNIAH!!!
diucapkan kepada murid SENSE yang telah berjaya dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang akademik mahu pun bidang kokurikulum. 

Kepada murid-murid tahun 6 , kami warga SENSE mendoakan kecemerlangan anda di luar sana. Jadilah insan yang berguna kepada negara, keluarga, dan masyarakat.


Modul FROG VLE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selaras dengan kemajuan dalam bidang pendidikan di Malaysia, warga guru telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan Frog VLE masing-masing yang bertujuan digunakan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, untuk memudahkan warga guru membina, mengurus dan mengatur 'dashboard' masing-masing, di sini telah disertakan bersama pautan muat turun untuk kegunaan guru-guru.

*Hanya klik pada gambar untuk muat turun :)








Wednesday 27 November 2013

BAHAN KSSR & PBS TAHUN 4 TAHUN 2014

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Syukur kepada tuhan kerana segala taklimat mengenai KSSR & PBS Tahun 4 untuk tahun 2014 untuk peringkat daerah dan peringkat sekolah telah selesai dijalankan. Segala maklumat telah disebarkan kepada warga guru yang lain dan juga telah dikumpulkan. 

Di sini, SENSE ingin berkongsikan dokumen-dokumen penting yang diperoleh hasil daripada taklimat di Kapit pada bulan Oktober lalu mengenai perlaksanaan KSSR & PBS Tahun 4 untuk tahun 2014 akan datang.


*klik pada imej di atas untuk lihat dokumen dan sedia dimuat turun.


https://drive.google.com/folderview?id=0B-wu4BHvSmWEamU5MGJlREl3dmM&usp=sharing













Sunday 10 November 2013

TAKWIM 2014

Takwim 2014 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian pendidikan Malaysia.

Takwim persekolahan ini terbahagi kepada 2 bahagian. Untuk warga SENSE,  takwim untuk kita adalah di bahagian kedua.

Takwim ini disediakan dalam bentuk PDF. Silakan muat turun tanpa ragu-ragu
 

LIGA BOLA SEPAK & BOLA JARING

Pada 6 November yang lalu, SENSE telah menjalankan satu aktiviti tradisi sekolah iaitu Liga Bola Sepak & Liga Bola Jaring antara rumah sukan. Terdapat empat buah rumah sukan yang terlibat dalam pertandingan ini iaitu Rumah Bouganvillea, Jasmine, Rafflesia dan rumah Alamanda.

Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 7 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Semua murid dan guru sama-sama berkumpul di padang sekolah bagi menjayakan aktiviti ini.

Pihak SENSE mengucapkan tahniah kepada rumah sukan yang berjaya merangkul tempat sebagai johan pada pertandingan kali ini. Diharapkan kepada mana-mana kumpulan rumah sukan yang kurang bernasib baik agar dapat cuba dengan sebaiknya pada masa akan datang.

Berikut merupakan keputusan bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan.


dan disertakan juga bersama 52 keping gambar yang dirakamkan semasa pertandingan itu berlangsung :)


Monday 14 October 2013

Pameran Sains & Matematik 2013

Dengan kerjasama yang terjalin sesama warga guru, kami iaitu Panitia Matematik dan Panitia Sains telah merencanakan dan seterusnya menganjurkan satu aktiviti tahunan SENSE iaitu Pameran Sains & Matematik 2013.

Untuk pengetahuan semua, Ketua Panitia Matematik tahun ini ialah En. Putera bin Chali yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sementara itu, Ketua Panitia Sains pula iaitu En. Abdul Azif bin Madrukah. Guru-guru Sains dan Matematik yang lain turut tidak turut ketinggalan memberikan kerjasama sebelum, semasa dan selepas pameran ini. Guru-guru yang terlibat ialah En. Mohd Afiq bin Mohd Yusof, En, Iskandar Shah bin Ibrahim, En. Munan anak Meringai.


Aktiviti yang telah dianjurkan

Sains
  1. The Magic of Sound.
  2. Elektromagnet
  3. Paper Helicopter
  4. Circuit Challenge
  5. Kertas Terbakar Mampu Menyerap Air
  6. The Magic of Straw (Konsep tekanan yang wujud dalam botol)
  7. Pameran Organ Manusia
  8. Pameran Alatan Sains
  9. Menganggar Biji Kacang.
  10. Wheel of Fortune
  11. Tayangan Komputer "How It's Made" 

Matematik
  1. Tangram (3 cabaran)
  2. Ukur Lilit Pinggang Anda
  3. Memecahkan "Kod Rahsia "
  4. Sudut Mencabar Minda
    • Membentuk nombor yang berjumlah 15 dari mana-mana arah.
    • Membentuk segi tiga menggunakan 9 batang mancis.
  5. Pameran Wang Syiling & Kertas Malaysia
  6. Pameran Masa & Waktu
  7. Pameran Bentuk 2D dan 3D
  8. Pameran Pecahan.

Pameran telah berlansung pada 8 Oktober 2013 pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Aktiviti Refleksi telah dijalankan pada jam 6.30 petang di dataran perhimpunan sekolah. Setiap wakil murid dari setiap tahun telah dipilih bagi menyatakan perasaan, aktiviti yang diminati dan harapan mereka untuk tahun hadapan.

Semoga program seumpama ini dapat dijalankan sentiasa agar murid-murid dapat didedahkan dengan kehidupan sebenar yang mempunyai kaitan Sains dan Matematik.

Tahniah diucapkan!!!


Berikut Merupakan Slide Gambar Sepanjang Pameran.

Friday 30 August 2013

Merdeka...Merdeka...Merdeka


Wednesday 14 August 2013

DALAM KENANGAN SENSE 2013

Pada 8 Julai, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama di Dewan Perdana (Dewan Makan) bagi mengadakan Majlis Perpisahan (En, George & Pn. Jane) dan juga Majlis Guru Baru (Cik. Nordiana & Cik. Hafizah).

Majlis terebut telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Munan ak. Meringai. Kami warga SENSE yang lain turut bersedih dengan perpindahan 2 orang guru senior yang merupakan guru paling lama berkhidmat di sekolah ini. Jasa-jasa anda akan kami kenang. Walaupun begitu, pemergian mereka telah diisi oleh 2 orang guru perempuan baru yang merupakan pelatih guru IPG yang baru dipostingkan.

Buat pengetahuan semua, En. Geroge dan Pn. Jane merupakan pasangan suami isteri di sini. Mereka berdua telah bertemu jodoh ketika berkhidmat di sekolah ini lagi. Semoga SK Nanga Sempili menjadi kenangan manis bagi mereka sampai bila-bila.

Biodata ringkas En. George & Pn. Jane

En. George Romiko anak Bujang
Dilahirkan pada 18 Januari 1982
Mula berkhidmat di Sk Nanga Sempili pada 1 Mac 2004
Merupakan pengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 5 & 6

Pn. Jane Tan Su Ling
Dilahirkan pada 21 Disember 1983
Mula berkhidmat di Sk Nanga Sempili pada 3 Januari 2006
Merupakan pengajar subjek Bahasa Inggeris tahun 3, 5 dan Guru Pendidikan Moral Tahun 1




Serba sedikit gambar majlis perpisahan yang berlangsung pada 8.00 malam.





Sunday 4 August 2013

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SENSE 2013.

.....dan tidak lupa juga kepada......

Tujuh orang guru SENSE yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 






Sunday 7 July 2013

Ujian Bulanan Julai 2013


Setelah lama belajar untuk tahun ini, maka tibalah saat dan waktu untuk melihat prestasi murid-murid Sk Nanga Sempili di dalam Ujian Bulanan Julai yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Doakan yang terbaik untuk kejayaan mereka. 
Semoga kejayaan mengiringi mereka.
 
 

Friday 5 July 2013

Sense + Lepong Gaat VS Smk Balleh 2013

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 9 Julai 2013, SENSE dan Sk Lepong Gaat telah berkunjung ke SMK Balleh untuk menerima jemputan sebagai pihak pelawat bagi perlawanan persahabatan di antara SENSE bergabung dengan Sk Lepong Gaat bertemu dengan tuan rumah.

Dua buah perahu telah bergerak dari Nanga Sempili menuju ke SMK Balleh. Perasaan yang meluap-luap untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan menjadikan kami sangat bersemangat menerima jemputan pihak tuan rumah.Ketibaan kami disambut baik oleh pihak tuan rumah. Terima kasih kami ucapkan di atas sambutan yang diberikan. Jasa baik warga SMK Balleh sentiasa kami kenang sampai bila-bila.

Setelah 45 minit bermain dalam tempoh masa pertama, tiada jaringan berjaya dijaringkan. Keadaan menjadikan kami lagi bersemangat untuk meledakkan gol pada tempoh masa kedua. Tetapi apakan daya, pertahanan pihak tuan rumah sangat kental dan perlawanan persahabatan berakhir dengan keputusan 0 - 0.

Berikut merupakan gambar yang dirakamkan sepanjang perlawanan berlangsung selama 90 minit. Gambar ini dirakamkan oleh guru perempuan kami iaitu Cik Rozianah.




Thursday 27 June 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Pada 13 Jun 2013 yang lalu, seluruh warga SENSE telah bersama berkumpul di Dewan Makan sekolah bagi menyambut satu sambutan yang penuh bersejarah pada tahun ini. Sambutan yang dimaksudkan ialah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013. 

Pada sebelah pagi, majlis diserikan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh PK 1 iaitu En. Munan anak Meringai dan juga pembacaan perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh En. Abdul Azif bin Madrukah. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia", "Biarku Menjadi Lilin" dan juga "Warisan". Selepas itu, setiap orang murid tahun 6 memakaikan guru-guru dengan bunga hiasan sebagai simbolik untuk majlis ini. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang majlis berikut:





Setelah berehat sebentar, sambutan dihangatkan lagi dengan aktiviti sukaneka diantara staff sekolah dan murid-murid tahun 6. Pelbagai aktiviti dimainkan sepanjang sukaneka tersebut.


Wednesday 12 June 2013

Sukan Tahunan SENSE ke-22 tahun 2013


Pada 12 Jun 2013 merupakan satu detik yang bersejarah buat SENSE apabila telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan kali ke-22. Semua guru dan murid terlibat sama dalam menjayakan aktiviti sukan ini.

Aktiviti sukan telah bermula seawal pagi jam 6.30 pagi lagi dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Pihak SENSE mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga SENSE kerana dapat menyediakan padang dan balapan untuk sukan kali ini dengan sangat baik. Persiapan padang dan balapan telah pun bermula sebelum cuti penggal tempoh hari lagi. 

Pada tahun ini, kita telah menggunakan nama bunga sebagai nama rumah sukan iaitu :
Rumah Alamanda (kuning)
Rumah Jasmine ( hijau)
Rumah Baugainvillea (biru)
Rumah Rafflesia (merah)

Pada tahun ini juga kita telah pun menggunakan sistem jumlah punggutan pingat bagi menentukan rumah yang menjuarai keseluruhan hari sukan pada kali ini.

Pada jam 1 tengah hari semalam, aktiviti sukan tahunan telah berjaya ditutup dengan rasminya. SENSE mengucapkan tahniah kepada rumah sukan yang menjuarai sukan pada kali ini dan diharapkan kepada mana-mana rumah sukan yang lain agar teruskan usaha bagi merampas kejuaraan tersebut pada tahun hadapan.

Berikut merupakan pungutan pingat dan kedudukan rumah sukan pada hari semalam:


Tahniah diucapkan kepada rumah sukan Jasmine (hijau) kerana telah bergelar juara keseluruhan bagi sukan tahunan kali ke-22 semalam.

Berikut merupakan gambar-gambar sukan yang berjaya dirakamkan oleh En. Mohd Afiq sebagai jurufoto bagi sukan kali ini.



Thursday 9 May 2013

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

 
Pada hari Selasa akan datang bersamaan 14 Mei 2013, semua murid dan guru SENSE akan terlibat dalam menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Semua murid WAJIB menjawab kesemua kertas ujian yang disediakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Manakala warga guru dan staff SENSE ditugaskan menjaga kelas yang menjalani peperiksaan berdasarkan kepada jadual pengwasan yang telah disediakan oleh pihak Setiausaha Unit Peperiksaan.


Semoga murid-murid dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan kali ini.



Muat Turun : MODUL MENTOR MENTEE


Pada 9 Mei 2013, SENSE telah mengadakan taklimat mengenai cara pelaksanaan Program Guru Penyayang dan Program Mentor Mentee. Sehubungan dengan itu, semua guru perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan program-program anjuran KPM berjalan dengan baik dan lancar.


Pihak KPM telah menyediakan Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mentee yang mana modul ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam melaksanakan Program Mentor Mentee di sekolah.

Monday 6 May 2013

Muat Turun : MODUL SUSULAN LINUS 2.0

Modul ini boleh di muat turun dan boleh diguna untuk membantu murid LINUS yang berjaya ke aliran perdana.


Modul ini juga sesuai digunakan untuk murid kelas Pemulihan dan PROTIM (mengikut kesesuaian murid di sekolah masing-masing)


MODUL LINUS : DOWLOAD



Sumber : Web JPN Selangor

Muat turun: MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU 2013

Modul tatabahasa ini bertujuan sebagai nota ringkas untuk guru dan juga murid dalam memahami dengan lebih baik mengenai selok belok tatabahasa Bahasa Melayu.



BAHAGIAN 1 : MORFOLOGI

BAHAGIAN 2 : SINTAKSIS



Sumber : Laman web JPN Selangor

Anjakan Isu : Buletin Bulanan Transformasi KPM


Pihak KPM telah memuat naik buletin yang diberikan nama sebagai "Anjakan" pada 2 Mei 2013 sebagai bacaan warga pendidik. Isu yang dihuraikan ialah:

    1.  Memahami kandungan PPPM: Aspirasi Sistem
    2.  100 Hari Pertama PPPM



Bahan boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan ini :


Sebagai warga pendidik, sokongan anda amat diperlukan supaya transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan :)




'LIKE' FACEBOOK DAN 'FOLLOW' TWITTER HARI GURU 2013

Merujuk kepada di laman kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemberitahuan yang dimaklumkan adalah seperti berikut :


Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut:
Page Facebook Hari Guru 2013 : FACEBOOK
Twitter Hari Guru 2013 : TWITTER


Sedikit petikan maklumat daripada laman sesawang Facebook adalah seperti berikut:


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Tuesday 30 April 2013

SELAMAT HARI PEKERJA 2013

 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tema hari pekerja untuk tahun 2013 ini adalah
" Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"
 
 
Kami pihak SENSE mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pekerja seluruh Malaysia. Manfaatkan cuti yang ada untuk berehat disamping keluarga.

Sunday 28 April 2013

CARTA ORGANISASI HEM 2013


PROTIM & MODUL ASAS MENGIRA 2013

Apa itu PROTIM?

PROTIM dikenali sebagai Program Pemulihan 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira). Subjek yang berkait rapat dengan program ini ialah subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Program ini dijalankan kepada murid-murid yang belajar di tahun empat dan lima.

Siapa muridnya?
Murid yang terpilih ialah murid-murid yang lemah dalam asas 3M. Setelah 2 hingga 3 bulan murid berada di dalam tahun 4 dan 5, murid-murid akan menduduki ujian diaknostik yang dikenali sebagai Praujian PROTIM. 

Jangkamasa?
Ujian ini akan berlansung dari bulan Mac hingga Oktober.

Cara Pelaksanaan?
Bagi Praujian untuk Matematik, ujian mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian tambah, menolak, darab dan bahagi yang mana setiap bahagian mempunyai 10 soalan. Murid yang gagal menjawab betul 8 daripada 10 soalan, akan dimasukkan ke dalam kelas PROTIM. Jika murid itu gagal bahagian darab, dia akan menduduki kelas PROTIM untuk menguasai darab sahaja dan sebaliknya. Ujian yang dijalankan hendaklah adil dan tegas dan guru yang mengendalikan ujian ini tidak dibenarkan untuk menolong murid.

Siapa pengedali Kelas PROTIM?
Guru Matematik dan Bahasa Melayu yang dilantik oleh sekolah untuk membantu murid menguasai asas 3M. Guru PROTIM akan bekerjasama dengan Guru Pemulihan sekolah.


Dalam menjalankan Kelas PROTIM, pihak KPM telah menyediakan modul sebagai panduan kepada Guru PROTIM menjalankan kelas bimbingan dalam memulihkan masalah yang dihadapi oleh murid. 


MODUL PROTIM - ASAS MENGIRA

 




Thursday 14 March 2013

Kelas Permata Bestari


Pada tahun ini merupakan tahun yang membawa tuah kepada SENSE. Pada awal tahun 2013, seorang guru yang berpindah dari Sekolah Desa Permai di Kinabatangan telah datang melaporkan diri dan berkhidmat di SENSE. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Ambau anak Janting. Guru ini merupakan opsyen pemulihan dan turut merupakan Guru Cemerlang dalam bidangnya. SENSE sangat bersyukur mudah-mudahan beliau dapat membantu murid-murid yang lemah menguasai ilmu asas yang sangat berguna pada masa hadapan mereka.

Banyak perubahan yang beliau lakukan di sekolah. Salah satu daripadanya ialah beliau telah menjadikan kelas pemulihan yang sedia ada lebih ceria daripada dulu. "Apa sekolah bandar boleh buat, kita juga boleh buat walaupun kita berada di pedalaman" merupakan ayat pertama yang keluar dari mulutnya ketika kami guru-guru lain bertanyakan perihal kelas yang beliau tadbir pada hari ini.

Nama kelas pemulihan itu sendiri beliau telah tukarkan kepada nama kelas yang lebih sesuai didengari. Beliau telah memberikan nama kelasnya sebagai "Kelas Permata Bestari". Biar pun kita sedia maklum mengenai penghuni kelas itu yang lemah dari segala aspek namun semangat beliau dalam mendidik murid-murid lemah merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana kerenah murid itu sendiri mencabar segala sifat-sifat guru. Kunci utama kepada pengendalian kelas seperti ini adalah kesabaran dan sentiasa ceria. 

Berikut merupakan sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika admin berkunjung dan berbual dengan beliau. Beliau mampu menceriakan kelas yang dahulunya suram kepada suasana yang lebih kondusif. Projek beliau masih lagi berlangsung dari semasa ke semasa. Gambar yang dipaparkan merupakan usaha beliau selama 3 bulan dari bulan Januari hingga Mac tahun ini.


Tuesday 12 March 2013

LINUS 2.0 - Ujian Lisan


Dalam memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan, salah satu daripada Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang telah direncanakan oleh pihak KPM ialah LINUS. Perkataan LINUS ini sendiri adalah merupakan akronim atau pun singkatan daripada "Literacy and Numeracy Screening". 

Bermula pada tahun ini, KPM telah pun memperkenalkan LINUS 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada LINUS terdahulu. Berdasarkan kepada surat daripada KPM yang sampai ke sekolah, LINUS 2.0 ini perlu dijalankan kepada semua pelajar tahun 1, 2 dan 3. Ujian lisan dan ujian bertulis WAJIB dijalankan mengikut kehendak KPM berdasarkan kepada surat yang telah diterima. Tidak seperti dulu di mana LINUS dahulu hanya dijalankan kepada murid yang tidak melepasi 'Tahap Menguasai" iaitu murid Linus, dan Linus Tegar.

Oleh itu, LINUS 2.0 ini dimulakan dengan ujian LISAN. Ujian ini hendklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 10 Mac hingga 19 April 2013.

Guru-guru boleh mendapatkan dokumen lengkap mengenai LINUS 2.0 di SINI. Dokumen yang dimuat naik hanya berkaitan dengan Ujian Lisan Literasi dan Numerasi.

Saturday 2 March 2013

SENSE vs SMK BALLEH

Pada 26 Februari yang lalu, perlawanan persahabatan di antara SENSE dengan SMK Balleh telah berlangsung. Perlawanan 7 sebelah ini telah bermula ada jam 4 petang. Sepanjang perlawanan sedang berlangsung, keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan. Walaupun begitu, dengan semangat kesukanan yang ada, kami terus berjuang untuk cuba menjaringkan gol di pihak lawan.

Apabila wisel penamat ditiupkan, kami telah tewas di tangan pihak lawan dengan jaringan sebanyak 6 gol berbalas kosong. Walaupun SENSE tewas, tetapi kami tidak tewas sepenuhnya lagi. Kami akan cuba bangkit untuk perlawanan persahabatan seterusnya. 

Berikut merupakan beberapa keping gambar sepanjang perlawanan berlangsung.


Sunday 24 February 2013

LOKASI SENSE

Di manakah lokasi sebenar SK Nanga Sempili?

Dengan berbantukan teknologi masa kini, lokasi SENSE telah dapat dikenal pasti dengan menggunakan aplikasi Google Map di dalam telefon pintar dengan sokongan sistem GPS.


Friday 22 February 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN 2013

Pada 20 Februari yang lalu, 3 orang pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Merirai yang terletak berdekatan dengan SENSE telah datang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap guru, kakitangan dan murid sekolah. Pihak SENSE sangat berterima kasih dengan kehadiran mereka datang untuk memeriksa tahap kesihatan kami di sini. 

Hal ini kerana pada bulan Januari yang lalu dan baru-baru ini, kawasan Sungai Balleh telah dikejutkan dengan masalah kesihatan yang serius iaitu penyakit kuman air atau pun kencing tikus dalam kalangan guru dan murid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, 5 orang kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Oleh itu, pihak SENSE sangat menanti-nantikan kehadiran pegawai kesihatan untuk datang memeriksa kami dan pada 20 Februari yang lalu mereka telah datang melihat kami.

Syukur kepada tuhan kerana tiada tanda negatif yang dikesan. Selain daripada itu, tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk memberikan suntikan kepada setiap orang murid tahun 1. Setiap murid telah menerima 2 suntikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan tahap ketahanan badan mereka. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh salah seorang guru di sini : 

Thursday 7 February 2013

Bantuan Persekolahan 1 Malaysia

Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia.

Pada 5 Februari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili telah menyampaikan Bantuan Persekolahan 2013 kepada setiap murid yang telah mendaftar pada tahun ini. Semua warga guru dan staf turun padang bersama-sama untuk menjayakan majlis ini. Bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG 2013 iaitu En. Intai ak. Gindau. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar menggunakan wang bantuan itu dengan sebaiknya.

Berikut adalah foto-foto yang diambil sempena penyampaian wang Bantuan Persekolahan pada hari Selasa yang lalu:


Thursday 31 January 2013

SENARAI NAMA STAFF SENSE 2013

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Pada tahun 2013 ini, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili mempunyai 25 orang kakitangan yang terdiri daripada 16 orang guru dan 9 orang AKS. Sekolah kami ditadbir oleh seorang guru besar iaitu En. Philip Nyalang ak. Chundi dan dibantu oleh tiga orang penolong kanan iaitu PK1, En. Munan ak. Meringai, PKHEM, En. Putera bin Chali dan Cik Bawang ak. Usik sebagai PKKK.

Bagi kakitangan sekolah pula, 9 orang AKS yang terdiri daripada Pembantu Pengurusan Murid, Kerani Kewangan Sekolah, Penyelia Asrama, Tukang Masak dan yang lain telah bertindak sebagai pemangkin sistem pengurusan SENSE pada tahun ini.

Berikut merupakan senarai nama GURU dan AKS pada tahun ini :






Friday 25 January 2013

PEMBERSIHAN DEWAN MAKAN SEKOLAH

Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia.



Pada 22 Januari yang lalu, seluruh warga SENSE telah bersama-sama mengambil bahagian dalam melaksanakan satu aktiviti gotong-royong membersihkan Dewan Makan sekolah. Semua guru dan murid telah menyumbangkan tenaga dalam membersihkan seluruh kawasan dewan. Aktiviti ini telah bermula pada jam 3:30 petang dan telah berakhir pada jam 5:00 petang. Berikut merupakan sedikit gambar ketika aktiviti gotong-royong dijalankan.

SENARAI NAMA MURID SESI 2013

SENARAI NAMA MURID SK. NANGA SEMPILI 2013







 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...