Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Sunday 24 February 2013

LOKASI SENSE

Di manakah lokasi sebenar SK Nanga Sempili?

Dengan berbantukan teknologi masa kini, lokasi SENSE telah dapat dikenal pasti dengan menggunakan aplikasi Google Map di dalam telefon pintar dengan sokongan sistem GPS.


Friday 22 February 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN 2013

Pada 20 Februari yang lalu, 3 orang pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Merirai yang terletak berdekatan dengan SENSE telah datang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap guru, kakitangan dan murid sekolah. Pihak SENSE sangat berterima kasih dengan kehadiran mereka datang untuk memeriksa tahap kesihatan kami di sini. 

Hal ini kerana pada bulan Januari yang lalu dan baru-baru ini, kawasan Sungai Balleh telah dikejutkan dengan masalah kesihatan yang serius iaitu penyakit kuman air atau pun kencing tikus dalam kalangan guru dan murid. Menurut sumber yang boleh dipercayai, 5 orang kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Balleh disyaki dijangkiti penyakit tersebut. Oleh itu, pihak SENSE sangat menanti-nantikan kehadiran pegawai kesihatan untuk datang memeriksa kami dan pada 20 Februari yang lalu mereka telah datang melihat kami.

Syukur kepada tuhan kerana tiada tanda negatif yang dikesan. Selain daripada itu, tujuan mereka datang ke sekolah adalah untuk memberikan suntikan kepada setiap orang murid tahun 1. Setiap murid telah menerima 2 suntikan sebagai pemangkin untuk meningkatkan tahap ketahanan badan mereka. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh salah seorang guru di sini : 

Thursday 7 February 2013

Bantuan Persekolahan 1 Malaysia

Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia.

Pada 5 Februari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili telah menyampaikan Bantuan Persekolahan 2013 kepada setiap murid yang telah mendaftar pada tahun ini. Semua warga guru dan staf turun padang bersama-sama untuk menjayakan majlis ini. Bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG 2013 iaitu En. Intai ak. Gindau. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar menggunakan wang bantuan itu dengan sebaiknya.

Berikut adalah foto-foto yang diambil sempena penyampaian wang Bantuan Persekolahan pada hari Selasa yang lalu:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...