Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Thursday 14 March 2013

Kelas Permata Bestari


Pada tahun ini merupakan tahun yang membawa tuah kepada SENSE. Pada awal tahun 2013, seorang guru yang berpindah dari Sekolah Desa Permai di Kinabatangan telah datang melaporkan diri dan berkhidmat di SENSE. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Ambau anak Janting. Guru ini merupakan opsyen pemulihan dan turut merupakan Guru Cemerlang dalam bidangnya. SENSE sangat bersyukur mudah-mudahan beliau dapat membantu murid-murid yang lemah menguasai ilmu asas yang sangat berguna pada masa hadapan mereka.

Banyak perubahan yang beliau lakukan di sekolah. Salah satu daripadanya ialah beliau telah menjadikan kelas pemulihan yang sedia ada lebih ceria daripada dulu. "Apa sekolah bandar boleh buat, kita juga boleh buat walaupun kita berada di pedalaman" merupakan ayat pertama yang keluar dari mulutnya ketika kami guru-guru lain bertanyakan perihal kelas yang beliau tadbir pada hari ini.

Nama kelas pemulihan itu sendiri beliau telah tukarkan kepada nama kelas yang lebih sesuai didengari. Beliau telah memberikan nama kelasnya sebagai "Kelas Permata Bestari". Biar pun kita sedia maklum mengenai penghuni kelas itu yang lemah dari segala aspek namun semangat beliau dalam mendidik murid-murid lemah merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana kerenah murid itu sendiri mencabar segala sifat-sifat guru. Kunci utama kepada pengendalian kelas seperti ini adalah kesabaran dan sentiasa ceria. 

Berikut merupakan sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika admin berkunjung dan berbual dengan beliau. Beliau mampu menceriakan kelas yang dahulunya suram kepada suasana yang lebih kondusif. Projek beliau masih lagi berlangsung dari semasa ke semasa. Gambar yang dipaparkan merupakan usaha beliau selama 3 bulan dari bulan Januari hingga Mac tahun ini.


Tuesday 12 March 2013

LINUS 2.0 - Ujian Lisan


Dalam memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan, salah satu daripada Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang telah direncanakan oleh pihak KPM ialah LINUS. Perkataan LINUS ini sendiri adalah merupakan akronim atau pun singkatan daripada "Literacy and Numeracy Screening". 

Bermula pada tahun ini, KPM telah pun memperkenalkan LINUS 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada LINUS terdahulu. Berdasarkan kepada surat daripada KPM yang sampai ke sekolah, LINUS 2.0 ini perlu dijalankan kepada semua pelajar tahun 1, 2 dan 3. Ujian lisan dan ujian bertulis WAJIB dijalankan mengikut kehendak KPM berdasarkan kepada surat yang telah diterima. Tidak seperti dulu di mana LINUS dahulu hanya dijalankan kepada murid yang tidak melepasi 'Tahap Menguasai" iaitu murid Linus, dan Linus Tegar.

Oleh itu, LINUS 2.0 ini dimulakan dengan ujian LISAN. Ujian ini hendklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 10 Mac hingga 19 April 2013.

Guru-guru boleh mendapatkan dokumen lengkap mengenai LINUS 2.0 di SINI. Dokumen yang dimuat naik hanya berkaitan dengan Ujian Lisan Literasi dan Numerasi.

Saturday 2 March 2013

SENSE vs SMK BALLEH

Pada 26 Februari yang lalu, perlawanan persahabatan di antara SENSE dengan SMK Balleh telah berlangsung. Perlawanan 7 sebelah ini telah bermula ada jam 4 petang. Sepanjang perlawanan sedang berlangsung, keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan. Walaupun begitu, dengan semangat kesukanan yang ada, kami terus berjuang untuk cuba menjaringkan gol di pihak lawan.

Apabila wisel penamat ditiupkan, kami telah tewas di tangan pihak lawan dengan jaringan sebanyak 6 gol berbalas kosong. Walaupun SENSE tewas, tetapi kami tidak tewas sepenuhnya lagi. Kami akan cuba bangkit untuk perlawanan persahabatan seterusnya. 

Berikut merupakan beberapa keping gambar sepanjang perlawanan berlangsung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...