Thursday 14 March 2013

Kelas Permata Bestari


Pada tahun ini merupakan tahun yang membawa tuah kepada SENSE. Pada awal tahun 2013, seorang guru yang berpindah dari Sekolah Desa Permai di Kinabatangan telah datang melaporkan diri dan berkhidmat di SENSE. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Ambau anak Janting. Guru ini merupakan opsyen pemulihan dan turut merupakan Guru Cemerlang dalam bidangnya. SENSE sangat bersyukur mudah-mudahan beliau dapat membantu murid-murid yang lemah menguasai ilmu asas yang sangat berguna pada masa hadapan mereka.

Banyak perubahan yang beliau lakukan di sekolah. Salah satu daripadanya ialah beliau telah menjadikan kelas pemulihan yang sedia ada lebih ceria daripada dulu. "Apa sekolah bandar boleh buat, kita juga boleh buat walaupun kita berada di pedalaman" merupakan ayat pertama yang keluar dari mulutnya ketika kami guru-guru lain bertanyakan perihal kelas yang beliau tadbir pada hari ini.

Nama kelas pemulihan itu sendiri beliau telah tukarkan kepada nama kelas yang lebih sesuai didengari. Beliau telah memberikan nama kelasnya sebagai "Kelas Permata Bestari". Biar pun kita sedia maklum mengenai penghuni kelas itu yang lemah dari segala aspek namun semangat beliau dalam mendidik murid-murid lemah merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana kerenah murid itu sendiri mencabar segala sifat-sifat guru. Kunci utama kepada pengendalian kelas seperti ini adalah kesabaran dan sentiasa ceria. 

Berikut merupakan sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika admin berkunjung dan berbual dengan beliau. Beliau mampu menceriakan kelas yang dahulunya suram kepada suasana yang lebih kondusif. Projek beliau masih lagi berlangsung dari semasa ke semasa. Gambar yang dipaparkan merupakan usaha beliau selama 3 bulan dari bulan Januari hingga Mac tahun ini.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...