Pada 2 Ramadhan bersamaan dengan 30 Jun,
seramai 11 orang murid tahun 6 SENSE diiringi 4 orang guru tahun enam dan 6 orang pemandu telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang bagi menghadiri satu kem motivasi UPSR. Perjalanan bermula pada pukul 7:30 pagi dan telah tiba di destinasi pada pukul 10 pagi.
Sebanyak 3 buah perahu telah digerakkan menuju ke SK Nanga Stapang. Kem ini bermula pada hari Isnin, 30 Jun dan berakhir pada 3 Julai pada hari Khamis. Sebanyak 6 buah sekolah termasuk tuan rumah telah berkumpul di sana bagi sama-sama duduk berbincang strategi ZUBAL untuk menambahbaikkan kualiti pencapaian UPSR yang bakal bermula pada awal bulan September ini. Berikut merupakan nama-nama sekolah yang menyertai kem motivasi ini :
SK Nanga Kain
SK Lepong Gaat
SK Nanga Stapang
SK Nanga Sempili
SK Nanga Entuloh
SK Temenggong Koh
Suasana yang nyaman dan indah di SK Nanga Stapang dan juga interaksi murid dan guru yang berlainan sekolah diharapkan dapat mengeratkan hubungan baik kita sebagai warga zon ZUBAL pada tahun ini. Keadaan ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada murid untuk berkomunikasi, berkenalan dan bertukar pandangan mengenai cara pengajaran guru masing-masing di sekolah agar dapat dicontohi dan dipraktikkan ke dalam kertas UPSR yang bakal ditempuhi oleh semua murid di Malaysia pada awal bulan September ini.
Perkongsian amalan oleh tiga buah sekolah yang hebat di dalam Zon Ulu Balleh ini iaitu SK Lepong Gaat, SK Ng Stapang dan juga SK Nanga Entuloh dapat memberikan suntikan semangat kepada 3 sekolah lagi untuk bersaing sesama sendiri bagi memartabatkan kualiti pendidikan terutamanya di peringkat zon.
Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang sesi motivasi berlangsung.
Video di atas merupakan video persembahan yang dilakukan oleh murid tahun 6 dan akhirnya SENSE berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan!!!
Video di atas dimuat naik untuk tontonan umum mengenai perjalanan pulang dari SK Nanga Stapang ke SENSE. Kami bernasib baik kerana paras air sungai meningkat sedikit dan keadaan ini memudahkan kami untuk pulang tidak seperti bagaimana perjalanan mula ke Stapang.
0 comments:
Post a Comment