Wednesday, 31 December 2014
Selamat Jalan Tahun 2014 & Selamat Datang Tahun 2015 !
Selamat tinggal kepada tahun 2014 dan selamat datang kepada tahun 2015.
Slide gambar ini dihasilkan oleh Google+ sendiri dan admin telah memuat naik video ke dalam Youtube untuk tontonan ramai.
Monday, 15 December 2014
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL - Panitia PJK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada waktu sebelah pagi Asrama Terbuka SENSE, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan pertandingan permainan tradisional di antara 4 buah kumpulan. Permainan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
1) Baling Selipar
2) Polices & Thieves
3) Boling Kelapa
4) Galah Panjang.
Semua guru telah bekerjasama menyediakan segala peralatan dan tempat permainan sebelum pertandingan dijalankan. Semua permainan ini telah diadakan di atas padang SENSE yang terkenal dengan kesuburan rumput dan keselesaan ketika menjalankan aktiviti.
Pada waktu sebelah pagi Asrama Terbuka SENSE, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan pertandingan permainan tradisional di antara 4 buah kumpulan. Permainan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
1) Baling Selipar
2) Polices & Thieves
3) Boling Kelapa
4) Galah Panjang.
Semua guru telah bekerjasama menyediakan segala peralatan dan tempat permainan sebelum pertandingan dijalankan. Semua permainan ini telah diadakan di atas padang SENSE yang terkenal dengan kesuburan rumput dan keselesaan ketika menjalankan aktiviti.
Saturday, 13 December 2014
Monday, 17 November 2014
HARI ASRAMA TERBUKA SENSE 2014
Pada bulan November dan juga bulan terakhir persekolahan, SENSE telah mengadakan satu aktiviti di bawah Hal Ehwal Murid iaitu Hari Asrama Terbuka. Tujuan diadakan hari tersebut ialah bagi memberi peluang kepada para ibu bapa untuk melihat sendiri setiap infrastruktur yang disediakan di asrama sama ada memuaskan atau pun tidak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri iaitu En. Philip Nyalang ak Chundi. Lawatan asrama dimulakan dengan Asrama Lulong, Keling dan Kumang dan seterusnya berakhir di Asrama Mabong.
SENSE turut menerima banyak kritikan positif dari ibu bapa dan SENSE berharap agar kritikan tersebut dapat membantu kami menyediakan lebih lagi kepuasan kepada anak-anak mereka di Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili ini.
Sunday, 16 November 2014
Malam Bintang Mencari Bintang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari Khamis merupakan hari yang bermakna SENSE di mana, banyak aktiviti yang dijalankan dalam masa satu hari. Pada sebelah pagi, SENSE telah menjalankan Pertandingan Permainan Tradisional. Pada sebelah petang pula, perasmian Asrama Terbuka dan juga Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring di antara warga SENSE bersama ibu bapa.
Kini, pada sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti pertandingan karaoke yang diberi nama sebagai "Malam Bintang Mencari Bintang"
Pertandingan dibahagikan kepada tahap 1 dan tahap 2.
Pemenang Tahap 1
Pertama : Adik Mellynny anak Idam
Kedua : Adik Sebestian Bunsu anak Dennis
Ketiga : Adik Michelle anak Bajang
Pemenang Tahap 2
Pertama : Adik Albert Tawan anak Mathew
Kedua : Adik Vincent anak Saduh
Ketiga : Adik Christian Rentap anak Philimond
TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
SENSE VS BAPA-BAPA - PERSAHABATAN BOLA SEPAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena dengan Asrama Terbuka Peringkat SENSE, selepas sesi lawatan semua ibu bapa ke asrama, mereka telah dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan warga SENSE. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Ambau anak Janting dan keputusannya telah berpihak kepada SENSE dengan kiraan mata 2 - 1.
Di sini disertakan gambar-gambar sepanjang sesi perlawanan persahabatan.
Saturday, 8 November 2014
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (bhg akhir)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari kedua perkhemahan pula, merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap kumpulan telah dilepaskan bersama fasilitator sebagai pengiring murid masuk ke dalam hutan bagi meneruskan aktiviti kembara perkhemahan. Laluan kembara telah ditentukan pada hari Isnin lalu dan laluanya boleh dikatakan agak mencabar tetapi selamat.
Setiap kumpulan dilepaskan setiap selang masa 5 hingga 8 minit bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada sesebuah stesen. Bagi stesen pertama yang dikawal oleh En. Putera, murid diarahkan untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan bahan bakar yang terdapat disekitar stesen sahaja.
Setelah berjaya menghidupkan api, kumpulan boleh bergerak menuju ke stesen yang kedua di mana daya kemampuan berfikir mereka teruji. Dengan menggunakan 20 buah batu yang dipilih dalam sungai, murid diminta untuk membina sebuah menara. Jika murid tidak berfikir secara kreatif, pasti mereka akan menyusun batu tersebut satu persatu ke atas. Bagi yang kreatif, mereka akan bina dahulu tapak menara dengan beberapa biji batu terlebih dahulu barulah dibina puncaknya.
Setelah itu, mereka akan bergerak menuju ke stesen terakhir di mana mereka perlu menjawab satu soalan penyelesaian masalah. Murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih cara rawatan yang sesuai bagi kad situasi yang diberikan. Mereka akan cuba merawat rakan mereka yang terdampar kesakitan di tepi sungai yang mana empat orang murid ini telah dipilih terlebih dahulu dan disolek agar kelihatan seperti cedera parah. Setelah itu, murid pulang ke tapak kem semula dan menikmati hidangan tengah hari.
Pada waktu petang pula, murid bertanding dalam acara kawad kaki dan juga tarik tali. Selepas itu pula, setiap kumpulan bertungkus lumus menghias raja dan ratu dengan pakaian rimba masing-masing. Masakan rimba turut dipertandingkan.
Sebelah malam pula, persembahan kebudayaan murid dan juga malam unggun api telah ditunda pada satu tarikh yang telah ditetapkan nanti kerana faktor cuaca hujan lebat yang tidak mengizinkan.
Gambar lain turut disertakan untuk tatapan semua:
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)
Assalamualaikum dan salam sejathtera.
Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah:
1) Kumpulan satu : En Juing dan Cik Halida
2) Kumpulan dua : Cik Rozianah dan Cik Shameela
3) Kumpulan tiga : Cik Nordiana dan Cik Semas
4) Kumpulan empat : En. Abd Azif dan Pn Angela
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Pada hari pertama, guru dan staf berganding bahu mendirikan menara kawalan yang sangat unik. Manakala murid dan fasilitator kumpulan masing-masing bersama-sama mendirikan khemah dan membina gajet.
Pada waktu petangnya, murid mempelajari latihan kawad dibawah pimpinan En Ambau anak Janting (Ketua Komanden) dan juga penceramah jemputan iaitu En Efendi (Wakil tentera).
Pada sebelah malam, kami menjalankan aktiviti burung hantu di mana murid dipisahkan di padang sekolah dengan mata tertutup. Setiap mereka diberikan satu kain yang mempunyai bau yang berbeza. Mereka perlu bergerak secara merangkak dengan berusaha mencari rakan mereka yang mempunyai bau yang sama.
Di sini disertakan bersama gambar sepanjang sesi sebelum dan hari pertama perkhemahan.
Sunday, 28 September 2014
Cara Guna Dongle YES 4G - 1Bestarinet
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan warga SENSE, sekolah telah menerima 5 unit dongle YES yang telah dibekalkan oleh pihak pembekal internet VSAT semasa iaitu syarikat YTL.
Dongle YES dibekalkan kepada sekolah sebagai alternatif internet kepada 1Bestarinet yang diakses oleh warga sekolah di dalam kawasan sekolah. Manakala Dongle YES bersifat fleksibel dengan memberi kemudahan guru untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dengan syarat kawasan tersebut mempunyai liputan rangkaian 4G.
Cara Menggunakan Dongle YES
1. Sila dapatkan Dongle YES terlebih dahulu daripada guru data yang menyimpan unit tersebut.
2. Dapatkan juga katalaluan bagi memberi kebenaran dongle untuk mengakses rangkaian 4G Yes.
3. Sebelum Dongle YES di pasang pada komputer, guru perlu memuat turun perisian Dongle terlebih dahulu dan kemudian memasangnya (install) seperti biasa. Perisian boleh dimuat turun daripada sini.
4. Selepas itu, paparan seperti berikut akan keluar.
5. Masukkan kata laluan yang diperoleh daripada guru data pada ruang yang betul.
Kataluan yang digunakan adalah sama bagi semua dongle yang diberikan. Katalaluan adalah rahsia dan integriti pegawai penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat rasmi kerajaan.
Saturday, 27 September 2014
Tuesday, 16 September 2014
UPACARA MIRING & SEMBAHYANG UPSR 2014
Pada 8 September yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan satu upacara keagamaan dan adat setempat bagi memohon doa dan restu untuk murid-murid tahun 6 menjalani peperiksaan UPSR 2014.
Upacara yang dikenali sebagai Miring merupakan adat tradisi masayarakat di sini yang mana merupakan masyarakat kaum Iban. Upacara ini berlangsung pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Semua staf dan ibu bapa hadir bagi bersama-sama berdoa agar anak-anak mereka dapat menghadapi UPSR dengan penuh semangat dan berjaya.
Tuesday, 9 September 2014
Sunday, 24 August 2014
Cara Buang SHORTCUTS Virus
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Langkah 1
Scan pendrive kita dengan menggunakan software antivirus seperti Avast / Kaspersky / Avira / dll, untuk membuang virus yang wujud di dalamnya terlebih dahulu.
Langkah 2
Pergi kepada Start > Search > taipkan huruf CMD > Klik kanan untuk memilihnya Run as Administrator
Langkah 3
Copy ayat arahan ini : ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.*
Paste ayat arahan ini ke dalam Command Prompt dengan
klik kanan > Paste
Langkah 4
Gantikan huruf G pada ayat arahan di atas dengan huruf yang mewakili pendrive / flash drive kita di dalam My Computer. Jika pendrive kita diwakili sebagai huruf F, maka kita perlu tukarnya kepada ayat arahan seperti berikut :
ATTRIB -H -R -S /S /D F:\*.*
Langkah 5
Tekan butang Enter untuk proses seterusnya. Tunggu sehingga selesai.
Langkah 6
Buang / Delete fail-fail shortcuts dalam pendrive yang tidak digunakan lagi.
PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori tahap 1 dan kategori tahap 2. Murid-murid dikehendaki mewarna poster yang telah diberikan dalam tempoh masa selama 2 jam.
Pertandingan ini telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 21 Ogos yang bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Semua guru terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi pertandingan ini.
Setelah murid selesai menunjukkan bakat masing-masing dalam mewarna poster yang diberikan, tibalah masa untuk poster-poster tersebut diadili dari segi pemilihan warna, kekemasan, kretiviti dan juga daripada beberapa aspek yang lain. Markah telah diberikan dan penyampaian hadiah terus dilakukan pada waktu tersebut mengikut tempat pertama, kedua dan ketiga.
Saturday, 19 July 2014
Thursday, 10 July 2014
SUKAN TAHUNAN SENSE 2014
1 Murid 1 Sukan adalah merupakan dasar dari Kementerian Pendidikan yang baru-baru ini diwujudkan bagi memastikan setiap murid berkebolehan untuk menjalani aktiviti di luar PDP dengan baik. Salah satu daripada usaha SENSE yang diteruskan pada setiap tahun yang senada dengan dasar ini adalah SENSE telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-23.
Semua peringkat komuniti telah turut hadir dalam menjayakan aktiviti ini. Pada tahun ini, rumah sukan telah berubah. Kami sepakat untuk menggunakan nama planet-planet yang berada di cakerawala sebagai nama rumah sukan iaitu :
Rumah Jupiter
Rumah Uranus
Rumah Mercury
Rumah Venus
Selain itu juga, pada tahun ini ada sedikit kelainan iaitu kami telah mewajibkan setiap rumah agar ditonjolkan dengan seorang maskot yang mewakili nama rumah tersebut. Oleh itu, tema mahkluk asing dipilih untuk mewakili setiap rumah dan markah maskot turut diambil kira. Keadaan ini telah menjadikan setiap guru dan murid bersungguh-sungguh memastikan rumah sukan yang dianggotai mereka itu menang pada tahun ini.
KEM MOTIVASI UPSR ZUBAL - 2014
06:02
No comments
Pada 2 Ramadhan bersamaan dengan 30 Jun,
seramai 11 orang murid tahun 6 SENSE diiringi 4 orang guru tahun enam dan 6 orang pemandu telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang bagi menghadiri satu kem motivasi UPSR. Perjalanan bermula pada pukul 7:30 pagi dan telah tiba di destinasi pada pukul 10 pagi.
Sebanyak 3 buah perahu telah digerakkan menuju ke SK Nanga Stapang. Kem ini bermula pada hari Isnin, 30 Jun dan berakhir pada 3 Julai pada hari Khamis. Sebanyak 6 buah sekolah termasuk tuan rumah telah berkumpul di sana bagi sama-sama duduk berbincang strategi ZUBAL untuk menambahbaikkan kualiti pencapaian UPSR yang bakal bermula pada awal bulan September ini. Berikut merupakan nama-nama sekolah yang menyertai kem motivasi ini :
SK Nanga Kain
SK Lepong Gaat
SK Nanga Stapang
SK Nanga Sempili
SK Nanga Entuloh
SK Temenggong Koh
Suasana yang nyaman dan indah di SK Nanga Stapang dan juga interaksi murid dan guru yang berlainan sekolah diharapkan dapat mengeratkan hubungan baik kita sebagai warga zon ZUBAL pada tahun ini. Keadaan ini diharapkan dapat memberi ruang dan peluang kepada murid untuk berkomunikasi, berkenalan dan bertukar pandangan mengenai cara pengajaran guru masing-masing di sekolah agar dapat dicontohi dan dipraktikkan ke dalam kertas UPSR yang bakal ditempuhi oleh semua murid di Malaysia pada awal bulan September ini.
Perkongsian amalan oleh tiga buah sekolah yang hebat di dalam Zon Ulu Balleh ini iaitu SK Lepong Gaat, SK Ng Stapang dan juga SK Nanga Entuloh dapat memberikan suntikan semangat kepada 3 sekolah lagi untuk bersaing sesama sendiri bagi memartabatkan kualiti pendidikan terutamanya di peringkat zon.
Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang sesi motivasi berlangsung.
Video di atas merupakan video persembahan yang dilakukan oleh murid tahun 6 dan akhirnya SENSE berjaya merangkul tempat ke-3 dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan!!!
Video di atas dimuat naik untuk tontonan umum mengenai perjalanan pulang dari SK Nanga Stapang ke SENSE. Kami bernasib baik kerana paras air sungai meningkat sedikit dan keadaan ini memudahkan kami untuk pulang tidak seperti bagaimana perjalanan mula ke Stapang.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SENSE 2014
Guru Pencetus Kreativiti
Penjana Inovasi
Pada 19 Mei 2014 yang lalu, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama menjayakan satu majlis yang penting bagi kami semua iaitu sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Majlis ini turut dihadiri oleh semua guru, AKS dan juga murid-murid.
Penjana Inovasi
Pada 19 Mei 2014 yang lalu, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama menjayakan satu majlis yang penting bagi kami semua iaitu sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Majlis ini turut dihadiri oleh semua guru, AKS dan juga murid-murid.
Pada tahun ini agak berlainan dengan tahun-tahun terdahulu apabila hadiah guru guru telah dijual terlebih awal kepada murid-murid di atas usaha Persatuan Kemahiran Hidup. Murid-murid telah membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada guru-guru sebagai tanda terima kasih dan sayang kepada guru.
Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan doa, bacaan perutusan Menteri Pendidikan oleh En. Abdul Azif, aktiviti memotong kek Hari Guru, nyanyian lagu keramat hari guru dan juga aktiviti kemuncaknya adalah pemberian cendermata murid kepada guru yang disayangi dan juga penyampaian anugerah pilihan murid seperti
Guru Paling Popular --- En. Mohd Afiq
Guru Paling Penyayang --- En. Abdul Azif
Guru Paling Garang --- En. Mohd Afiq
Guru Paling Lawak --- En. Ambau
Guru Paling Ceria --- En. Ambau
Guru Paling Cantik --- Cik Siti Hafizah
Guru Paling Kacak --- En. Iskandar Shah
Guru Paling Kemas & Bersih --- Cik. Halida
Guru Paling Bergaya --- Cik Nordiana
dan juga 3 anugerah murid kepada warga AKS iaitu
AKS Paling Popular --- En. Juing
AKS Paling Penyayang --- Pn. Lust
AKS Paling Garang --- En. Thomas Saga
Guru Paling Popular --- En. Mohd Afiq
Guru Paling Penyayang --- En. Abdul Azif
Guru Paling Garang --- En. Mohd Afiq
Guru Paling Lawak --- En. Ambau
Guru Paling Ceria --- En. Ambau
Guru Paling Cantik --- Cik Siti Hafizah
Guru Paling Kacak --- En. Iskandar Shah
Guru Paling Kemas & Bersih --- Cik. Halida
Guru Paling Bergaya --- Cik Nordiana
dan juga 3 anugerah murid kepada warga AKS iaitu
AKS Paling Popular --- En. Juing
AKS Paling Penyayang --- Pn. Lust
AKS Paling Garang --- En. Thomas Saga
Seperti biasa, terdapat gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis itu berlangsung.
Saturday, 8 March 2014
Muat Turun Sendiri Data EMIS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman semua, kata-kata keramat untuk data yang sering diwar-warkan di PPD Kapit adalah Tepat, Sahih dan Terkini.
Di sini, ada maklumat untuk warga SENSE iaitu anda boleh memuat turun data peribadi sebagai pegawai melalui Educational Management Information System (EMIS) dengan cara-cara berikut:
Untuk makluman semua, kata-kata keramat untuk data yang sering diwar-warkan di PPD Kapit adalah Tepat, Sahih dan Terkini.
Di sini, ada maklumat untuk warga SENSE iaitu anda boleh memuat turun data peribadi sebagai pegawai melalui Educational Management Information System (EMIS) dengan cara-cara berikut:
*No K/P dan katalaluan adalah nombor yang sama.
Monday, 3 March 2014
Menjadikan Laptop sebagai Router WIFI
ASSALAMUALAIKUM & Selamat Sejahtera
Pada zaman ini adalah zaman telefon pintar. Setiap orang pasti memiliki satu telefon pintar. Sememangnya, setiap telefon mempunyai wireless dan gajet ini sangat penting di kawasan sekolah terutamanya di kawasan sekolah pedalaman yang tiada jaringan telefon.
Masalahnya ialah, signal wireless tersebut tidak terlalu kuat apabila di dalam rumah berikutan sumber internet, iaitu wireless router sekolah terletak sangat jauh dari rumah kita dan keadaan ini menyebabkan telefon pintar kita tidak mempunyai sebarang komunikasi dengan dunia luar. Tidak guna juga beli telefon pintar jika tiada jaringan internet di rumah sendiri kan?
Jadi di sini, admin ingin berkongsikan satu aplikasi ataupun software yang biasa admin gunakan yang di pasang ada laptop sahaja. Apabila kita hidupkan aplikasi tersebut, maka secara automatiknya dianggarkan 10 meter sekeliling kita dipenuhi signal wireless. Caranya adalah dengan menggunakan Virtual Wifi yang ada di dalam laptop kita. Hanya Windows 7 dan 8 sahaja.
Langkah 1
Pastikan anda menggunakan komputer windows 7 atau 8 yang mempunyai wireless.
Donwload aplikasi ini dan install. Tekan sahaja pada logo di bawah.
Langkah 2
Pasangkan juga .NET Framework pada komputer anda. Boleh muat turun dan install
Langkah 3
Sila aktifkan bahagian sharing di adapter wireless laptop anda.
Start>Control Panel>Network and Internet>Network and Sharing Center>Change adapter setting
Cari adapter wireless anda dan klik kanan dan pilih Properties seperti di bawah.
Pergi ke Sharing tab dan klik pada kotak kosong pertama dan pilih Wireless Network Connection.
Keluar daripada setting tersebut dengan klik butang OK sahaja.
Langkah 4
Selepas itu, cari di mana anda telah extract software "Virtual Router Plus" tersebut. Admin biasanya letak di dekstop laptop sahaja. Senang untuk on dan off.
Tiba masanya untuk mulakan upacara ini :)
Dan kemudian, akan keluar paparan seperti ini :
Network Name (SSID) : letaklah nama apa yang sesuai. Inilah nama wireless kita.
Password : password bagi wireless kita. kalau orang nak guna memang tak dapat la.
Shared Connection : Pilih wireless Network Connection.
Dan..............dan boleh mula tekan Start Virtual Router Plus
Apabila telah keluar amaran seperti ini bermakna, anda telah berjaya dan anda boleh melayari internet di telefon pintar anda di mana-mana sahaja di dalam rumah dengan signal wireless yang penuh.
Kadang-kadang, wujud beberapa masalah yang perlu dibetulkan apabila menggunakan aplikasi ini. jangan risau, aplikasi ini tidak merosakkan laptop anda. Cumanya, aplikasi ini sering gagal untuk dihidupkan dan ianya memerlukan sedikit pengubahsuaian pada setting laptop dan ianya adalah mudah sekali dengan mencarinya di dalam Google.com.
Admin sudah menggunakannya selama hampir 1 tahun. sambil baring-baring melayari internet di rumah tanpa perlu berdiri di satu tempat sahaja :)
Selamat mencuba!
Friday, 7 February 2014
CARTA ORGANISASI PEGAWAS SEKOLAH 2014
SELAMAT DATANG
Bagi tahun 2014 ini,
Lembaga Pengawas telah dibentuk melalui pemilihan murid-murid yang mempunyai bakat kepimpinan yang hebat dalam kalangan murid SENSE.
Berikut merupakan Carta Organisasi Lembaga Pengawas bagi tahun 2014 ini.
"Nadi Ilmu Balleh" Berwajah Baru, 2014
HELLO everyone
BERSEMPENA dengan tahun 2014, pihak admin telah menukarkan 'Blog Header' lama yang digunakan sepanjang tahun 2013 dulu dengan yang baru.
2013
2014
Header baru masih mengekalkan bangunan pentadbiran SENSE sebagai latar belakang utama tetapi daripada sudut yang berlainan.
Sementara itu, Visi dan Misi SENSE yang terbaru telah dimasukkan ke dalam Header Baru. Semoga beroleh manfaat bersama
Selamat Datang & Selamat Tinggal
05:30
1 comment
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Pada tahun baru ini, pihak SENSE ingin mengucapkan
selamat datang kepada:
En. Kuntiek ak. Kedu (dari SK. Ng Bena, Kapit)
Cik. Halida ak. Jawan (IPGM Kampus Rajang)
Cik. Semas ak. Mundu (SK. Ng Bawai, Kapit)
yang telah datang melapor untuk menyambung khidmatnya pada tahun 2014 ini.
Selamat tinggal dan sayonara diucapkan kepada beberapa orang guru lama SENSE yang telah berpindah ke stesen baru iaitu:
Cik. Bawang ak. Usik (ke SK. Ulu Yong, Kapit)
En. Austin ak. Taboh (SK. Ng Janan, Song)
Cik. Yvonne ak. Dan (SK. St. Raymond Mujat, Serian)
Setiap pertemuan adanya perpisahan, dan perpisahan itu tidak akan dapat memisahkan hubungan SENSE dengan pegawai-pegawai yang telah menumpahkan segala keringat dan bakti untuk SENSE.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan. Pada tahun ini, setiap pegawai SENSE disarankan agar menyediakan sebuah fail untuk dijad...
-
Pa da 9 Mei 2013, SENSE telah men gadakan taklimat mengenai cara p elaksanaan Program Guru Penyayang dan Program Mentor Mentee. Sehubung...
-
Apa itu PROTIM? PROTIM dikenali sebagai Program Pemulihan 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira). Subjek yang berkait rapat dengan pro...
-
Modul tatabahasa ini bertujuan sebagai nota ringkas untuk guru dan juga murid dalam memahami dengan lebih baik mengenai selok belok tatabah...
-
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Syukur kepada tuhan kerana segala taklimat mengenai KSSR & PBS Tahun 4 untuk tahun 2014 un...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan warga SENSE, sekolah telah menerima 5 unit dongle YES yang telah dibekalkan oleh...
-
Modul ini boleh di muat turun dan boleh diguna untuk membantu murid LINUS yang berjaya ke aliran perdana. Modul ini juga sesuai digun...
-
ASSALAMUALAIKUM & Selamat Sejahtera Pada zaman ini adalah zaman telefon pintar. Setiap orang pasti memiliki satu telefon pintar. Seme...
Labels
- 1BESTARINET (1)
- 2013 (1)
- 2014 (16)
- 2015 (2)
- AKTIVITI SENSE (14)
- EMIS (1)
- FROG VLE (1)
- HEM (6)
- KEMUDAHAN (1)
- KPM (1)
- KSSR (1)
- KURIKULUM (1)
- LINUS 2.0 (2)
- MAJLIS PERPISAHAN (1)
- MAKLUMAN (1)
- MUAT TURUN (10)
- PPB (1)
- PROTIM (1)
- TUTORIAL (2)
- UNIT PEPERIKSAAN (2)