Sunday 24 August 2014

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, pihak sekolah terutamanya panitia Pendidikan Seni Visual di bawah kelolaan En. Abdul Azif bin Madrukah telah mengadakan satu pertandingan yang sering kali dijalankan pada setiap tahun iaitu pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan.

Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori tahap 1 dan kategori tahap 2. Murid-murid dikehendaki mewarna poster yang telah diberikan dalam tempoh masa selama 2 jam. 

Pertandingan ini telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 21 Ogos yang bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Semua guru terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi pertandingan ini. 

Setelah murid selesai menunjukkan bakat masing-masing dalam mewarna poster yang diberikan, tibalah masa untuk poster-poster tersebut diadili dari segi pemilihan warna, kekemasan, kretiviti dan juga daripada beberapa aspek yang lain. Markah telah diberikan dan penyampaian hadiah terus dilakukan pada waktu tersebut mengikut tempat pertama, kedua dan ketiga.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...