Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Monday, 6 May 2013

Anjakan Isu : Buletin Bulanan Transformasi KPM


Pihak KPM telah memuat naik buletin yang diberikan nama sebagai "Anjakan" pada 2 Mei 2013 sebagai bacaan warga pendidik. Isu yang dihuraikan ialah:

    1.  Memahami kandungan PPPM: Aspirasi Sistem
    2.  100 Hari Pertama PPPM



Bahan boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan ini :


Sebagai warga pendidik, sokongan anda amat diperlukan supaya transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan :)




'LIKE' FACEBOOK DAN 'FOLLOW' TWITTER HARI GURU 2013

Merujuk kepada di laman kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemberitahuan yang dimaklumkan adalah seperti berikut :


Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut:
Page Facebook Hari Guru 2013 : FACEBOOK
Twitter Hari Guru 2013 : TWITTER


Sedikit petikan maklumat daripada laman sesawang Facebook adalah seperti berikut:


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Tuesday, 30 April 2013

SELAMAT HARI PEKERJA 2013

 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa tema hari pekerja untuk tahun 2013 ini adalah
" Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"
 
 
Kami pihak SENSE mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pekerja seluruh Malaysia. Manfaatkan cuti yang ada untuk berehat disamping keluarga.

Sunday, 28 April 2013

CARTA ORGANISASI HEM 2013


PROTIM & MODUL ASAS MENGIRA 2013

Apa itu PROTIM?

PROTIM dikenali sebagai Program Pemulihan 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira). Subjek yang berkait rapat dengan program ini ialah subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Program ini dijalankan kepada murid-murid yang belajar di tahun empat dan lima.

Siapa muridnya?
Murid yang terpilih ialah murid-murid yang lemah dalam asas 3M. Setelah 2 hingga 3 bulan murid berada di dalam tahun 4 dan 5, murid-murid akan menduduki ujian diaknostik yang dikenali sebagai Praujian PROTIM. 

Jangkamasa?
Ujian ini akan berlansung dari bulan Mac hingga Oktober.

Cara Pelaksanaan?
Bagi Praujian untuk Matematik, ujian mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian tambah, menolak, darab dan bahagi yang mana setiap bahagian mempunyai 10 soalan. Murid yang gagal menjawab betul 8 daripada 10 soalan, akan dimasukkan ke dalam kelas PROTIM. Jika murid itu gagal bahagian darab, dia akan menduduki kelas PROTIM untuk menguasai darab sahaja dan sebaliknya. Ujian yang dijalankan hendaklah adil dan tegas dan guru yang mengendalikan ujian ini tidak dibenarkan untuk menolong murid.

Siapa pengedali Kelas PROTIM?
Guru Matematik dan Bahasa Melayu yang dilantik oleh sekolah untuk membantu murid menguasai asas 3M. Guru PROTIM akan bekerjasama dengan Guru Pemulihan sekolah.


Dalam menjalankan Kelas PROTIM, pihak KPM telah menyediakan modul sebagai panduan kepada Guru PROTIM menjalankan kelas bimbingan dalam memulihkan masalah yang dihadapi oleh murid. 


MODUL PROTIM - ASAS MENGIRA

 




Thursday, 14 March 2013

Kelas Permata Bestari


Pada tahun ini merupakan tahun yang membawa tuah kepada SENSE. Pada awal tahun 2013, seorang guru yang berpindah dari Sekolah Desa Permai di Kinabatangan telah datang melaporkan diri dan berkhidmat di SENSE. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Ambau anak Janting. Guru ini merupakan opsyen pemulihan dan turut merupakan Guru Cemerlang dalam bidangnya. SENSE sangat bersyukur mudah-mudahan beliau dapat membantu murid-murid yang lemah menguasai ilmu asas yang sangat berguna pada masa hadapan mereka.

Banyak perubahan yang beliau lakukan di sekolah. Salah satu daripadanya ialah beliau telah menjadikan kelas pemulihan yang sedia ada lebih ceria daripada dulu. "Apa sekolah bandar boleh buat, kita juga boleh buat walaupun kita berada di pedalaman" merupakan ayat pertama yang keluar dari mulutnya ketika kami guru-guru lain bertanyakan perihal kelas yang beliau tadbir pada hari ini.

Nama kelas pemulihan itu sendiri beliau telah tukarkan kepada nama kelas yang lebih sesuai didengari. Beliau telah memberikan nama kelasnya sebagai "Kelas Permata Bestari". Biar pun kita sedia maklum mengenai penghuni kelas itu yang lemah dari segala aspek namun semangat beliau dalam mendidik murid-murid lemah merupakan satu perkara yang menyeronokkan kerana kerenah murid itu sendiri mencabar segala sifat-sifat guru. Kunci utama kepada pengendalian kelas seperti ini adalah kesabaran dan sentiasa ceria. 

Berikut merupakan sedikit sebanyak gambar yang sempat dirakamkan ketika admin berkunjung dan berbual dengan beliau. Beliau mampu menceriakan kelas yang dahulunya suram kepada suasana yang lebih kondusif. Projek beliau masih lagi berlangsung dari semasa ke semasa. Gambar yang dipaparkan merupakan usaha beliau selama 3 bulan dari bulan Januari hingga Mac tahun ini.


Tuesday, 12 March 2013

LINUS 2.0 - Ujian Lisan


Dalam memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan, salah satu daripada Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang telah direncanakan oleh pihak KPM ialah LINUS. Perkataan LINUS ini sendiri adalah merupakan akronim atau pun singkatan daripada "Literacy and Numeracy Screening". 

Bermula pada tahun ini, KPM telah pun memperkenalkan LINUS 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada LINUS terdahulu. Berdasarkan kepada surat daripada KPM yang sampai ke sekolah, LINUS 2.0 ini perlu dijalankan kepada semua pelajar tahun 1, 2 dan 3. Ujian lisan dan ujian bertulis WAJIB dijalankan mengikut kehendak KPM berdasarkan kepada surat yang telah diterima. Tidak seperti dulu di mana LINUS dahulu hanya dijalankan kepada murid yang tidak melepasi 'Tahap Menguasai" iaitu murid Linus, dan Linus Tegar.

Oleh itu, LINUS 2.0 ini dimulakan dengan ujian LISAN. Ujian ini hendklah dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu bermula pada 10 Mac hingga 19 April 2013.

Guru-guru boleh mendapatkan dokumen lengkap mengenai LINUS 2.0 di SINI. Dokumen yang dimuat naik hanya berkaitan dengan Ujian Lisan Literasi dan Numerasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...