Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Saturday, 14 February 2015

Muka Depan Fail PPB - Edisi SENSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.

Pada tahun ini, setiap pegawai SENSE disarankan agar menyediakan sebuah fail untuk dijadikan sebagai Fail PPB (Pembangunan Profesional Berterusan). 

Oleh hal yang demikian, pihak admin menyediakan dua jenis muka depan yang boleh dipilih oleh pegawai SENSE untuk dijadikan muka hadapan fail itu nanti.

Sila tekan pautan (link) yang diingini dan proses muat turun akan melalui Skydrive. 

Sekian.


 


MUAT TURUN DI SINI
Bercorak   |    Kosong

Thursday, 5 February 2015

30 suntikan pada 15 orang murid Tahun 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAH SEJAHTERA




Pada 3 Februari 2015, SENSE telah didatangi oleh sepasukan pegawai kesihatan yang berdekatan dari Klinik Merirai. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk memberikan suntikan kepada murid tahun 1 dan juga pemeriksaan kesihatan ke atas tahun 6.

Suntikan yang diberikan adalah penting bagi setiap murid tahun 1 bagi memastikan badan murid sihat dan tidak mudah dijangkiti oleh sebarang penyakit.

Daripada 15 orang murid tahun 1, hanya 2 orang murid sahaja yang menangis kerana kesakitan dan ketakutan. Walaupun begitu, keadaan mereka terkawal dan berjaya ditenangkan.

Tuesday, 3 February 2015

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2015 - BERJAYA !


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sesi Januari 2015 dimulakan dengan satu program yang dijalankan setiap tahun iaitu Program Minggu Transisi untuk murid tahun 1 yang berlangsung selama 3 minggu di Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili.

Program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenal persekitaran sekolah dengan lebih baik dan seterusnya dapat memberikan keselesaan dan keyakinan kepada murid tahun 1 yang masih kecil untuk bersekolah di SENSE.

Program ini telah diuruskan oleh guru kelas tahun 1 sendiri iaitu En. Abdul Azif bin Madrukah yang turut dibantu oleh pentadbir dan juga guru SENSE terutamanya guru tahun 1. Seramai 15 orang murid tahun 1 telah masuk mendaftar.

Program ini telah ditamatkan pada minggu lalu, 30 Januari dan hasil yang diterima adalah sangat memuaskan kerana semua pihak turut memberika kerjasama yang memberansangkan.

SENARAI NAMA MURID TAHUN 1






Wednesday, 28 January 2015

Tinjauan Banjir oleh Majlis Daerah Kapit

Assalamuaaikum dan salam sejahtera.

Berikutan peristiwa SENSE hampir dilanda banjir, pihak sekolah telah didatangi sekumpulan ahli Majlis Daerah Kapit yang diketuai sendiri oleh Pengarah Kapit sendiri. Kedatangan mereka ke sekolah telah disambut mesra oleh guru besar sendiri dan juga beberapa orang guru lain. Mereka tiba sekitar jam 12 tengah hari bagi meninjau keadaan banjir yang melanda sekitar Sungai Balleh terutamanya SENSE sendiri. Selain daripada Majlis Daerah Kapit, beberapa wakil daripada pihak bomba turut turun padang meninjau tahap kerosakan dan keselamatan di sekolah.

Pada jam 1 tengah hari, mereka mula beredar menuju ke hulu, kawasan Sekolah Kebangsaan Temenggong Koh yang dikatakan telah dinaiki air pada 26 Januari yang lalu.

Setakat ini, tiada sebarang kerosakan dan kehilangan nyawa yang dilaporkan dalam banjir kali ini.


DETIK CEMAS BENCANA ALAM BANJIR 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isnin, 26 Januari 2015 merupakan hari yang mencemaskan penghuni SENSE apabila hujan turun dengan tanpa henti-hentinya telah mengakibatkan paras air sungai Balleh berada dalam keadaan bahaya.

Paras air mula naik sekitar jam 2 petang dengan air mula memasuki kawasan padang sekolah. Langkah kecemasan dan berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak, terutamanya murid-murid terjamin.

Kawasan yang mula dinaiki air telah diarahkan agar bersiap sedia dengan memindahkan segala barangan ke tempat yang lebih selamat. Manakala, bagi murid asrama Mabong, mereka telah ditempatkan sementara di asrama Keling 1 dan 2 kerana ditakuti air akan naik dan menyebabkan murid terperangkap.


Wednesday, 31 December 2014

Selamat Jalan Tahun 2014 & Selamat Datang Tahun 2015 !

Selamat tinggal kepada tahun 2014 dan selamat datang kepada tahun 2015.

Slide gambar ini dihasilkan oleh Google+ sendiri dan admin telah memuat naik video ke dalam Youtube untuk tontonan ramai.

Monday, 15 December 2014

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL - Panitia PJK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada waktu sebelah pagi Asrama Terbuka SENSE, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan pertandingan permainan tradisional di antara 4 buah kumpulan. Permainan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :

1) Baling Selipar
2) Polices & Thieves
3) Boling Kelapa
4) Galah Panjang.

Semua guru telah bekerjasama menyediakan segala peralatan dan tempat permainan sebelum pertandingan dijalankan. Semua permainan ini telah diadakan di atas padang SENSE yang terkenal dengan kesuburan rumput dan keselesaan ketika menjalankan aktiviti.





Saturday, 13 December 2014

PELAN BANGUNAN SEKOLAH 2014


Monday, 17 November 2014

HARI ASRAMA TERBUKA SENSE 2014



Pada bulan November dan juga bulan terakhir persekolahan, SENSE telah mengadakan satu aktiviti di bawah Hal Ehwal Murid iaitu Hari Asrama Terbuka. Tujuan diadakan hari tersebut ialah bagi memberi peluang kepada para ibu bapa untuk melihat sendiri setiap infrastruktur yang disediakan di asrama sama ada memuaskan atau pun tidak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri iaitu En. Philip Nyalang ak Chundi. Lawatan asrama dimulakan dengan Asrama Lulong, Keling dan Kumang dan seterusnya berakhir di Asrama Mabong. 







SENSE turut menerima banyak kritikan positif dari ibu bapa dan SENSE berharap agar kritikan tersebut dapat membantu kami menyediakan lebih lagi kepuasan kepada anak-anak mereka di Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili ini.



Sunday, 16 November 2014

Malam Bintang Mencari Bintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari Khamis merupakan hari yang bermakna SENSE di mana, banyak aktiviti yang dijalankan dalam masa satu hari. Pada sebelah pagi, SENSE telah menjalankan Pertandingan Permainan Tradisional. Pada sebelah petang pula, perasmian Asrama Terbuka dan juga Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring di antara warga SENSE bersama ibu bapa.

Kini, pada sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti pertandingan karaoke yang diberi nama sebagai "Malam Bintang Mencari Bintang"

Pertandingan dibahagikan kepada tahap 1 dan tahap 2.

Pemenang Tahap 1
Pertama : Adik Mellynny anak Idam
Kedua : Adik Sebestian Bunsu anak Dennis
Ketiga : Adik Michelle anak Bajang

Pemenang Tahap 2
Pertama : Adik Albert Tawan anak Mathew
Kedua : Adik Vincent anak Saduh
Ketiga : Adik Christian Rentap anak Philimond

TAHNIAH DIUCAPKAN!!!




SENSE VS BAPA-BAPA - PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena dengan Asrama Terbuka Peringkat SENSE, selepas sesi lawatan semua ibu bapa ke asrama, mereka telah dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan warga SENSE. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Ambau anak Janting dan keputusannya telah berpihak kepada SENSE dengan kiraan mata 2 - 1.

Di sini disertakan gambar-gambar sepanjang sesi perlawanan persahabatan.




Saturday, 8 November 2014

Kami SENSE 2014 !!!

Assalamualaikum dan salah sejahtera.



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (bhg akhir)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari kedua perkhemahan pula, merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap kumpulan telah dilepaskan bersama fasilitator sebagai pengiring murid masuk ke dalam hutan bagi meneruskan aktiviti kembara perkhemahan. Laluan kembara telah ditentukan pada hari Isnin lalu dan laluanya boleh dikatakan agak mencabar tetapi selamat.


Setiap kumpulan dilepaskan setiap selang masa 5 hingga 8 minit bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada sesebuah stesen. Bagi stesen pertama yang dikawal oleh En. Putera, murid diarahkan untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan bahan bakar yang terdapat disekitar stesen sahaja.


Setelah berjaya menghidupkan api, kumpulan boleh bergerak menuju ke stesen yang kedua di mana daya kemampuan berfikir mereka teruji. Dengan menggunakan 20 buah batu yang dipilih dalam sungai, murid diminta untuk membina sebuah menara. Jika murid tidak berfikir secara kreatif, pasti mereka akan menyusun batu tersebut satu persatu ke atas. Bagi yang kreatif, mereka akan bina dahulu tapak menara dengan beberapa biji batu terlebih dahulu barulah dibina puncaknya.



Setelah itu, mereka akan bergerak menuju ke stesen terakhir di mana mereka perlu menjawab satu soalan penyelesaian masalah. Murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih cara rawatan yang sesuai bagi kad situasi yang diberikan. Mereka akan cuba merawat rakan mereka yang terdampar kesakitan di tepi sungai yang mana empat orang murid ini telah dipilih terlebih dahulu dan disolek agar kelihatan seperti cedera parah. Setelah itu, murid pulang ke tapak kem semula dan menikmati hidangan tengah hari.


Pada waktu petang pula, murid bertanding dalam acara kawad kaki dan juga tarik tali. Selepas itu pula, setiap kumpulan bertungkus lumus menghias raja dan ratu dengan pakaian rimba masing-masing. Masakan rimba turut dipertandingkan. 


Sebelah malam pula, persembahan kebudayaan murid dan juga malam unggun api telah ditunda pada satu tarikh yang telah ditetapkan nanti kerana faktor cuaca hujan lebat yang tidak mengizinkan. 

Gambar lain turut disertakan untuk tatapan semua:

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejathtera.



Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah:


1) Kumpulan satu : En Juing dan Cik Halida
2) Kumpulan dua : Cik Rozianah dan Cik Shameela
3) Kumpulan tiga : Cik Nordiana dan Cik Semas
4) Kumpulan empat : En. Abd Azif dan Pn Angela

KUMPULAN 1




KUMPULAN 2





KUMPULAN 3






KUMPULAN 4

Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Pada hari pertama, guru dan staf berganding bahu mendirikan menara kawalan yang sangat unik. Manakala murid dan fasilitator kumpulan masing-masing bersama-sama mendirikan khemah dan membina gajet.

Pada waktu petangnya, murid mempelajari latihan kawad dibawah pimpinan En Ambau anak Janting (Ketua Komanden) dan juga penceramah jemputan iaitu En Efendi (Wakil tentera).


Pada sebelah malam, kami menjalankan aktiviti burung hantu di mana murid dipisahkan di padang sekolah dengan mata tertutup. Setiap mereka diberikan satu kain yang mempunyai bau yang berbeza. Mereka perlu bergerak secara merangkak dengan berusaha mencari rakan mereka yang mempunyai bau yang sama. 

Di sini disertakan bersama gambar sepanjang sesi sebelum dan hari pertama perkhemahan.


Sunday, 28 September 2014

Cara Guna Dongle YES 4G - 1Bestarinet


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan warga SENSE, sekolah telah menerima 5 unit dongle YES yang telah dibekalkan oleh pihak pembekal internet VSAT semasa iaitu syarikat YTL.

Dongle YES dibekalkan kepada sekolah sebagai alternatif internet kepada 1Bestarinet yang diakses oleh warga sekolah di dalam kawasan sekolah. Manakala Dongle YES bersifat fleksibel dengan memberi kemudahan guru untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dengan syarat kawasan tersebut mempunyai liputan rangkaian 4G.

Cara Menggunakan Dongle YES
1. Sila dapatkan Dongle YES terlebih dahulu daripada guru data yang menyimpan unit tersebut.

2. Dapatkan juga katalaluan bagi memberi kebenaran dongle untuk mengakses rangkaian 4G Yes.

3. Sebelum Dongle YES di pasang pada komputer, guru perlu memuat turun perisian Dongle terlebih dahulu dan kemudian memasangnya (install) seperti biasa. Perisian boleh dimuat turun daripada sini.

4. Selepas itu, paparan seperti berikut akan keluar.

5. Masukkan kata laluan yang diperoleh daripada guru data pada ruang yang betul. 

Kataluan yang digunakan adalah sama bagi semua dongle yang diberikan. Katalaluan adalah rahsia dan integriti pegawai penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat rasmi kerajaan.

Saturday, 27 September 2014

STOR SUKAN 2014














Tuesday, 16 September 2014

UPACARA MIRING & SEMBAHYANG UPSR 2014

Pada 8 September yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan satu upacara keagamaan dan adat setempat bagi memohon doa dan restu untuk murid-murid tahun 6 menjalani peperiksaan UPSR 2014.

Upacara yang dikenali sebagai Miring merupakan adat tradisi masayarakat di sini yang mana merupakan masyarakat  kaum Iban. Upacara ini berlangsung pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Semua staf dan ibu bapa hadir bagi bersama-sama berdoa agar anak-anak mereka dapat menghadapi UPSR dengan penuh semangat dan berjaya.




Tuesday, 9 September 2014

SEMOGA BERJAYA UPSR 2014

Sunday, 24 August 2014

Cara Buang SHORTCUTS Virus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin berkongsikan cara untuk kita memulihkan kembali fail di dalam pendrive / flash drive terutamanya yang sering disembunyikan oleh virus dan seterusnya menjadikan segala fail kita kepada bentuk SHORTCUT.




Langkah 1
Scan pendrive kita dengan menggunakan software antivirus seperti Avast / Kaspersky / Avira / dll, untuk membuang virus yang wujud di dalamnya terlebih dahulu.

Langkah 2
Pergi kepada Start > Search > taipkan huruf CMD > Klik kanan untuk memilihnya Run as Administrator




Langkah 3
Copy ayat arahan ini : ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.*

Paste ayat arahan ini ke dalam Command Prompt dengan
klik kanan > Paste

Langkah 4
Gantikan huruf G pada ayat arahan di atas dengan huruf yang mewakili pendrive / flash drive kita di dalam My Computer. Jika pendrive kita diwakili sebagai huruf F, maka kita perlu tukarnya kepada ayat arahan seperti berikut :


ATTRIB -H -R -S /S /D F:\*.*




Langkah 5
Tekan butang Enter untuk proses seterusnya. Tunggu sehingga selesai.

Langkah 6
Buang / Delete fail-fail shortcuts dalam pendrive yang tidak digunakan lagi.

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, pihak sekolah terutamanya panitia Pendidikan Seni Visual di bawah kelolaan En. Abdul Azif bin Madrukah telah mengadakan satu pertandingan yang sering kali dijalankan pada setiap tahun iaitu pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan.

Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori tahap 1 dan kategori tahap 2. Murid-murid dikehendaki mewarna poster yang telah diberikan dalam tempoh masa selama 2 jam. 

Pertandingan ini telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 21 Ogos yang bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Semua guru terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi pertandingan ini. 

Setelah murid selesai menunjukkan bakat masing-masing dalam mewarna poster yang diberikan, tibalah masa untuk poster-poster tersebut diadili dari segi pemilihan warna, kekemasan, kretiviti dan juga daripada beberapa aspek yang lain. Markah telah diberikan dan penyampaian hadiah terus dilakukan pada waktu tersebut mengikut tempat pertama, kedua dan ketiga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...