Saturday, 8 November 2014
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (bhg akhir)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari kedua perkhemahan pula, merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap kumpulan telah dilepaskan bersama fasilitator sebagai pengiring murid masuk ke dalam hutan bagi meneruskan aktiviti kembara perkhemahan. Laluan kembara telah ditentukan pada hari Isnin lalu dan laluanya boleh dikatakan agak mencabar tetapi selamat.
Setiap kumpulan dilepaskan setiap selang masa 5 hingga 8 minit bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada sesebuah stesen. Bagi stesen pertama yang dikawal oleh En. Putera, murid diarahkan untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan bahan bakar yang terdapat disekitar stesen sahaja.
Setelah berjaya menghidupkan api, kumpulan boleh bergerak menuju ke stesen yang kedua di mana daya kemampuan berfikir mereka teruji. Dengan menggunakan 20 buah batu yang dipilih dalam sungai, murid diminta untuk membina sebuah menara. Jika murid tidak berfikir secara kreatif, pasti mereka akan menyusun batu tersebut satu persatu ke atas. Bagi yang kreatif, mereka akan bina dahulu tapak menara dengan beberapa biji batu terlebih dahulu barulah dibina puncaknya.
Setelah itu, mereka akan bergerak menuju ke stesen terakhir di mana mereka perlu menjawab satu soalan penyelesaian masalah. Murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih cara rawatan yang sesuai bagi kad situasi yang diberikan. Mereka akan cuba merawat rakan mereka yang terdampar kesakitan di tepi sungai yang mana empat orang murid ini telah dipilih terlebih dahulu dan disolek agar kelihatan seperti cedera parah. Setelah itu, murid pulang ke tapak kem semula dan menikmati hidangan tengah hari.
Pada waktu petang pula, murid bertanding dalam acara kawad kaki dan juga tarik tali. Selepas itu pula, setiap kumpulan bertungkus lumus menghias raja dan ratu dengan pakaian rimba masing-masing. Masakan rimba turut dipertandingkan.
Sebelah malam pula, persembahan kebudayaan murid dan juga malam unggun api telah ditunda pada satu tarikh yang telah ditetapkan nanti kerana faktor cuaca hujan lebat yang tidak mengizinkan.
Gambar lain turut disertakan untuk tatapan semua:
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)
Assalamualaikum dan salam sejathtera.
Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah:
1) Kumpulan satu : En Juing dan Cik Halida
2) Kumpulan dua : Cik Rozianah dan Cik Shameela
3) Kumpulan tiga : Cik Nordiana dan Cik Semas
4) Kumpulan empat : En. Abd Azif dan Pn Angela
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Pada hari pertama, guru dan staf berganding bahu mendirikan menara kawalan yang sangat unik. Manakala murid dan fasilitator kumpulan masing-masing bersama-sama mendirikan khemah dan membina gajet.
Pada waktu petangnya, murid mempelajari latihan kawad dibawah pimpinan En Ambau anak Janting (Ketua Komanden) dan juga penceramah jemputan iaitu En Efendi (Wakil tentera).
Pada sebelah malam, kami menjalankan aktiviti burung hantu di mana murid dipisahkan di padang sekolah dengan mata tertutup. Setiap mereka diberikan satu kain yang mempunyai bau yang berbeza. Mereka perlu bergerak secara merangkak dengan berusaha mencari rakan mereka yang mempunyai bau yang sama.
Di sini disertakan bersama gambar sepanjang sesi sebelum dan hari pertama perkhemahan.
Sunday, 28 September 2014
Cara Guna Dongle YES 4G - 1Bestarinet
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan warga SENSE, sekolah telah menerima 5 unit dongle YES yang telah dibekalkan oleh pihak pembekal internet VSAT semasa iaitu syarikat YTL.
Dongle YES dibekalkan kepada sekolah sebagai alternatif internet kepada 1Bestarinet yang diakses oleh warga sekolah di dalam kawasan sekolah. Manakala Dongle YES bersifat fleksibel dengan memberi kemudahan guru untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dengan syarat kawasan tersebut mempunyai liputan rangkaian 4G.
Cara Menggunakan Dongle YES
1. Sila dapatkan Dongle YES terlebih dahulu daripada guru data yang menyimpan unit tersebut.
2. Dapatkan juga katalaluan bagi memberi kebenaran dongle untuk mengakses rangkaian 4G Yes.
3. Sebelum Dongle YES di pasang pada komputer, guru perlu memuat turun perisian Dongle terlebih dahulu dan kemudian memasangnya (install) seperti biasa. Perisian boleh dimuat turun daripada sini.
4. Selepas itu, paparan seperti berikut akan keluar.
5. Masukkan kata laluan yang diperoleh daripada guru data pada ruang yang betul.
Kataluan yang digunakan adalah sama bagi semua dongle yang diberikan. Katalaluan adalah rahsia dan integriti pegawai penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat rasmi kerajaan.
Saturday, 27 September 2014
Tuesday, 16 September 2014
UPACARA MIRING & SEMBAHYANG UPSR 2014
Pada 8 September yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan satu upacara keagamaan dan adat setempat bagi memohon doa dan restu untuk murid-murid tahun 6 menjalani peperiksaan UPSR 2014.
Upacara yang dikenali sebagai Miring merupakan adat tradisi masayarakat di sini yang mana merupakan masyarakat kaum Iban. Upacara ini berlangsung pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Semua staf dan ibu bapa hadir bagi bersama-sama berdoa agar anak-anak mereka dapat menghadapi UPSR dengan penuh semangat dan berjaya.
Tuesday, 9 September 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)




































