Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Saturday, 8 November 2014

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejathtera.



Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah:


1) Kumpulan satu : En Juing dan Cik Halida
2) Kumpulan dua : Cik Rozianah dan Cik Shameela
3) Kumpulan tiga : Cik Nordiana dan Cik Semas
4) Kumpulan empat : En. Abd Azif dan Pn Angela

KUMPULAN 1




KUMPULAN 2





KUMPULAN 3






KUMPULAN 4

Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Pada hari pertama, guru dan staf berganding bahu mendirikan menara kawalan yang sangat unik. Manakala murid dan fasilitator kumpulan masing-masing bersama-sama mendirikan khemah dan membina gajet.

Pada waktu petangnya, murid mempelajari latihan kawad dibawah pimpinan En Ambau anak Janting (Ketua Komanden) dan juga penceramah jemputan iaitu En Efendi (Wakil tentera).


Pada sebelah malam, kami menjalankan aktiviti burung hantu di mana murid dipisahkan di padang sekolah dengan mata tertutup. Setiap mereka diberikan satu kain yang mempunyai bau yang berbeza. Mereka perlu bergerak secara merangkak dengan berusaha mencari rakan mereka yang mempunyai bau yang sama. 

Di sini disertakan bersama gambar sepanjang sesi sebelum dan hari pertama perkhemahan.


Sunday, 28 September 2014

Cara Guna Dongle YES 4G - 1Bestarinet


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan warga SENSE, sekolah telah menerima 5 unit dongle YES yang telah dibekalkan oleh pihak pembekal internet VSAT semasa iaitu syarikat YTL.

Dongle YES dibekalkan kepada sekolah sebagai alternatif internet kepada 1Bestarinet yang diakses oleh warga sekolah di dalam kawasan sekolah. Manakala Dongle YES bersifat fleksibel dengan memberi kemudahan guru untuk mengakses internet di mana-mana sahaja dengan syarat kawasan tersebut mempunyai liputan rangkaian 4G.

Cara Menggunakan Dongle YES
1. Sila dapatkan Dongle YES terlebih dahulu daripada guru data yang menyimpan unit tersebut.

2. Dapatkan juga katalaluan bagi memberi kebenaran dongle untuk mengakses rangkaian 4G Yes.

3. Sebelum Dongle YES di pasang pada komputer, guru perlu memuat turun perisian Dongle terlebih dahulu dan kemudian memasangnya (install) seperti biasa. Perisian boleh dimuat turun daripada sini.

4. Selepas itu, paparan seperti berikut akan keluar.

5. Masukkan kata laluan yang diperoleh daripada guru data pada ruang yang betul. 

Kataluan yang digunakan adalah sama bagi semua dongle yang diberikan. Katalaluan adalah rahsia dan integriti pegawai penting bagi mengelakkan kebocoran maklumat rasmi kerajaan.

Saturday, 27 September 2014

STOR SUKAN 2014














Tuesday, 16 September 2014

UPACARA MIRING & SEMBAHYANG UPSR 2014

Pada 8 September yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan satu upacara keagamaan dan adat setempat bagi memohon doa dan restu untuk murid-murid tahun 6 menjalani peperiksaan UPSR 2014.

Upacara yang dikenali sebagai Miring merupakan adat tradisi masayarakat di sini yang mana merupakan masyarakat  kaum Iban. Upacara ini berlangsung pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Semua staf dan ibu bapa hadir bagi bersama-sama berdoa agar anak-anak mereka dapat menghadapi UPSR dengan penuh semangat dan berjaya.




Tuesday, 9 September 2014

SEMOGA BERJAYA UPSR 2014

Sunday, 24 August 2014

Cara Buang SHORTCUTS Virus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya ingin berkongsikan cara untuk kita memulihkan kembali fail di dalam pendrive / flash drive terutamanya yang sering disembunyikan oleh virus dan seterusnya menjadikan segala fail kita kepada bentuk SHORTCUT.




Langkah 1
Scan pendrive kita dengan menggunakan software antivirus seperti Avast / Kaspersky / Avira / dll, untuk membuang virus yang wujud di dalamnya terlebih dahulu.

Langkah 2
Pergi kepada Start > Search > taipkan huruf CMD > Klik kanan untuk memilihnya Run as Administrator




Langkah 3
Copy ayat arahan ini : ATTRIB -H -R -S /S /D G:\*.*

Paste ayat arahan ini ke dalam Command Prompt dengan
klik kanan > Paste

Langkah 4
Gantikan huruf G pada ayat arahan di atas dengan huruf yang mewakili pendrive / flash drive kita di dalam My Computer. Jika pendrive kita diwakili sebagai huruf F, maka kita perlu tukarnya kepada ayat arahan seperti berikut :


ATTRIB -H -R -S /S /D F:\*.*




Langkah 5
Tekan butang Enter untuk proses seterusnya. Tunggu sehingga selesai.

Langkah 6
Buang / Delete fail-fail shortcuts dalam pendrive yang tidak digunakan lagi.

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, pihak sekolah terutamanya panitia Pendidikan Seni Visual di bawah kelolaan En. Abdul Azif bin Madrukah telah mengadakan satu pertandingan yang sering kali dijalankan pada setiap tahun iaitu pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan.

Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori tahap 1 dan kategori tahap 2. Murid-murid dikehendaki mewarna poster yang telah diberikan dalam tempoh masa selama 2 jam. 

Pertandingan ini telah berlangsung pada hari Khamis bertarikh 21 Ogos yang bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Semua guru terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi pertandingan ini. 

Setelah murid selesai menunjukkan bakat masing-masing dalam mewarna poster yang diberikan, tibalah masa untuk poster-poster tersebut diadili dari segi pemilihan warna, kekemasan, kretiviti dan juga daripada beberapa aspek yang lain. Markah telah diberikan dan penyampaian hadiah terus dilakukan pada waktu tersebut mengikut tempat pertama, kedua dan ketiga.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...