Monday, 17 November 2014
HARI ASRAMA TERBUKA SENSE 2014
Pada bulan November dan juga bulan terakhir persekolahan, SENSE telah mengadakan satu aktiviti di bawah Hal Ehwal Murid iaitu Hari Asrama Terbuka. Tujuan diadakan hari tersebut ialah bagi memberi peluang kepada para ibu bapa untuk melihat sendiri setiap infrastruktur yang disediakan di asrama sama ada memuaskan atau pun tidak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri iaitu En. Philip Nyalang ak Chundi. Lawatan asrama dimulakan dengan Asrama Lulong, Keling dan Kumang dan seterusnya berakhir di Asrama Mabong.
SENSE turut menerima banyak kritikan positif dari ibu bapa dan SENSE berharap agar kritikan tersebut dapat membantu kami menyediakan lebih lagi kepuasan kepada anak-anak mereka di Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili ini.
Sunday, 16 November 2014
Malam Bintang Mencari Bintang
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari Khamis merupakan hari yang bermakna SENSE di mana, banyak aktiviti yang dijalankan dalam masa satu hari. Pada sebelah pagi, SENSE telah menjalankan Pertandingan Permainan Tradisional. Pada sebelah petang pula, perasmian Asrama Terbuka dan juga Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring di antara warga SENSE bersama ibu bapa.
Kini, pada sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti pertandingan karaoke yang diberi nama sebagai "Malam Bintang Mencari Bintang"
Pertandingan dibahagikan kepada tahap 1 dan tahap 2.
Pemenang Tahap 1
Pertama : Adik Mellynny anak Idam
Kedua : Adik Sebestian Bunsu anak Dennis
Ketiga : Adik Michelle anak Bajang
Pemenang Tahap 2
Pertama : Adik Albert Tawan anak Mathew
Kedua : Adik Vincent anak Saduh
Ketiga : Adik Christian Rentap anak Philimond
TAHNIAH DIUCAPKAN!!!
SENSE VS BAPA-BAPA - PERSAHABATAN BOLA SEPAK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena dengan Asrama Terbuka Peringkat SENSE, selepas sesi lawatan semua ibu bapa ke asrama, mereka telah dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan warga SENSE. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Ambau anak Janting dan keputusannya telah berpihak kepada SENSE dengan kiraan mata 2 - 1.
Di sini disertakan gambar-gambar sepanjang sesi perlawanan persahabatan.
Saturday, 8 November 2014
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (bhg akhir)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari kedua perkhemahan pula, merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap kumpulan telah dilepaskan bersama fasilitator sebagai pengiring murid masuk ke dalam hutan bagi meneruskan aktiviti kembara perkhemahan. Laluan kembara telah ditentukan pada hari Isnin lalu dan laluanya boleh dikatakan agak mencabar tetapi selamat.
Setiap kumpulan dilepaskan setiap selang masa 5 hingga 8 minit bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada sesebuah stesen. Bagi stesen pertama yang dikawal oleh En. Putera, murid diarahkan untuk menghidupkan api dengan menggunakan kayu dan bahan bakar yang terdapat disekitar stesen sahaja.
Setelah berjaya menghidupkan api, kumpulan boleh bergerak menuju ke stesen yang kedua di mana daya kemampuan berfikir mereka teruji. Dengan menggunakan 20 buah batu yang dipilih dalam sungai, murid diminta untuk membina sebuah menara. Jika murid tidak berfikir secara kreatif, pasti mereka akan menyusun batu tersebut satu persatu ke atas. Bagi yang kreatif, mereka akan bina dahulu tapak menara dengan beberapa biji batu terlebih dahulu barulah dibina puncaknya.
Setelah itu, mereka akan bergerak menuju ke stesen terakhir di mana mereka perlu menjawab satu soalan penyelesaian masalah. Murid berbincang dalam kumpulan untuk memilih cara rawatan yang sesuai bagi kad situasi yang diberikan. Mereka akan cuba merawat rakan mereka yang terdampar kesakitan di tepi sungai yang mana empat orang murid ini telah dipilih terlebih dahulu dan disolek agar kelihatan seperti cedera parah. Setelah itu, murid pulang ke tapak kem semula dan menikmati hidangan tengah hari.
Pada waktu petang pula, murid bertanding dalam acara kawad kaki dan juga tarik tali. Selepas itu pula, setiap kumpulan bertungkus lumus menghias raja dan ratu dengan pakaian rimba masing-masing. Masakan rimba turut dipertandingkan.
Sebelah malam pula, persembahan kebudayaan murid dan juga malam unggun api telah ditunda pada satu tarikh yang telah ditetapkan nanti kerana faktor cuaca hujan lebat yang tidak mengizinkan.
Gambar lain turut disertakan untuk tatapan semua:
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)
Assalamualaikum dan salam sejathtera.
Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah:
1) Kumpulan satu : En Juing dan Cik Halida
2) Kumpulan dua : Cik Rozianah dan Cik Shameela
3) Kumpulan tiga : Cik Nordiana dan Cik Semas
4) Kumpulan empat : En. Abd Azif dan Pn Angela
KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4
Perkhemahan ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Pada hari pertama, guru dan staf berganding bahu mendirikan menara kawalan yang sangat unik. Manakala murid dan fasilitator kumpulan masing-masing bersama-sama mendirikan khemah dan membina gajet.
Pada waktu petangnya, murid mempelajari latihan kawad dibawah pimpinan En Ambau anak Janting (Ketua Komanden) dan juga penceramah jemputan iaitu En Efendi (Wakil tentera).
Pada sebelah malam, kami menjalankan aktiviti burung hantu di mana murid dipisahkan di padang sekolah dengan mata tertutup. Setiap mereka diberikan satu kain yang mempunyai bau yang berbeza. Mereka perlu bergerak secara merangkak dengan berusaha mencari rakan mereka yang mempunyai bau yang sama.
Di sini disertakan bersama gambar sepanjang sesi sebelum dan hari pertama perkhemahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)