Sunday, 10 November 2013
LIGA BOLA SEPAK & BOLA JARING
Pada 6 November yang lalu, SENSE telah menjalankan satu aktiviti tradisi sekolah iaitu Liga Bola Sepak & Liga Bola Jaring antara rumah sukan. Terdapat empat buah rumah sukan yang terlibat dalam pertandingan ini iaitu Rumah Bouganvillea, Jasmine, Rafflesia dan rumah Alamanda.
Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 7 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Semua murid dan guru sama-sama berkumpul di padang sekolah bagi menjayakan aktiviti ini.
Pihak SENSE mengucapkan tahniah kepada rumah sukan yang berjaya merangkul tempat sebagai johan pada pertandingan kali ini. Diharapkan kepada mana-mana kumpulan rumah sukan yang kurang bernasib baik agar dapat cuba dengan sebaiknya pada masa akan datang.
Berikut merupakan keputusan bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan.
dan disertakan juga bersama 52 keping gambar yang dirakamkan semasa pertandingan itu berlangsung :)
Monday, 14 October 2013
Pameran Sains & Matematik 2013
04:01
No comments
Dengan kerjasama yang terjalin sesama warga guru, kami iaitu Panitia Matematik dan Panitia Sains telah merencanakan dan seterusnya menganjurkan satu aktiviti tahunan SENSE iaitu Pameran Sains & Matematik 2013.
Untuk pengetahuan semua, Ketua Panitia Matematik tahun ini ialah En. Putera bin Chali yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sementara itu, Ketua Panitia Sains pula iaitu En. Abdul Azif bin Madrukah. Guru-guru Sains dan Matematik yang lain turut tidak turut ketinggalan memberikan kerjasama sebelum, semasa dan selepas pameran ini. Guru-guru yang terlibat ialah En. Mohd Afiq bin Mohd Yusof, En, Iskandar Shah bin Ibrahim, En. Munan anak Meringai.
Aktiviti yang telah dianjurkan
Sains
- The Magic of Sound.
- Elektromagnet
- Paper Helicopter
- Circuit Challenge
- Kertas Terbakar Mampu Menyerap Air
- The Magic of Straw (Konsep tekanan yang wujud dalam botol)
- Pameran Organ Manusia
- Pameran Alatan Sains
- Menganggar Biji Kacang.
- Wheel of Fortune
- Tayangan Komputer "How It's Made"
Matematik
- Tangram (3 cabaran)
- Ukur Lilit Pinggang Anda
- Memecahkan "Kod Rahsia "
- Sudut Mencabar Minda
- Membentuk nombor yang berjumlah 15 dari mana-mana arah.
- Membentuk segi tiga menggunakan 9 batang mancis.
- Pameran Wang Syiling & Kertas Malaysia
- Pameran Masa & Waktu
- Pameran Bentuk 2D dan 3D
- Pameran Pecahan.
Pameran telah berlansung pada 8 Oktober 2013 pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.
Aktiviti Refleksi telah dijalankan pada jam 6.30 petang di dataran perhimpunan sekolah. Setiap wakil murid dari setiap tahun telah dipilih bagi menyatakan perasaan, aktiviti yang diminati dan harapan mereka untuk tahun hadapan.
Semoga program seumpama ini dapat dijalankan sentiasa agar murid-murid dapat didedahkan dengan kehidupan sebenar yang mempunyai kaitan Sains dan Matematik.
Tahniah diucapkan!!!
Berikut Merupakan Slide Gambar Sepanjang Pameran.
Friday, 30 August 2013
Wednesday, 14 August 2013
DALAM KENANGAN SENSE 2013
Pada 8 Julai, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama di Dewan Perdana (Dewan Makan) bagi mengadakan Majlis Perpisahan (En, George & Pn. Jane) dan juga Majlis Guru Baru (Cik. Nordiana & Cik. Hafizah).
Majlis terebut telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Munan ak. Meringai. Kami warga SENSE yang lain turut bersedih dengan perpindahan 2 orang guru senior yang merupakan guru paling lama berkhidmat di sekolah ini. Jasa-jasa anda akan kami kenang. Walaupun begitu, pemergian mereka telah diisi oleh 2 orang guru perempuan baru yang merupakan pelatih guru IPG yang baru dipostingkan.
Buat pengetahuan semua, En. Geroge dan Pn. Jane merupakan pasangan suami isteri di sini. Mereka berdua telah bertemu jodoh ketika berkhidmat di sekolah ini lagi. Semoga SK Nanga Sempili menjadi kenangan manis bagi mereka sampai bila-bila.
Biodata ringkas En. George & Pn. Jane
En. George Romiko anak Bujang
Dilahirkan pada 18 Januari 1982
Mula berkhidmat di Sk Nanga Sempili pada 1 Mac 2004
Merupakan pengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 5 & 6
Pn. Jane Tan Su Ling
Dilahirkan pada 21 Disember 1983
Mula berkhidmat di Sk Nanga Sempili pada 3 Januari 2006
Merupakan pengajar subjek Bahasa Inggeris tahun 3, 5 dan Guru Pendidikan Moral Tahun 1
Serba sedikit gambar majlis perpisahan yang berlangsung pada 8.00 malam.
Sunday, 4 August 2013
Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013
03:25
No comments
Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SENSE 2013.
.....dan tidak lupa juga kepada......
Tujuh orang guru SENSE yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Sunday, 7 July 2013
Ujian Bulanan Julai 2013
Setelah lama belajar untuk tahun ini, maka tibalah saat dan waktu untuk melihat prestasi murid-murid Sk Nanga Sempili di dalam Ujian Bulanan Julai yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Doakan yang terbaik untuk kejayaan mereka.
Semoga kejayaan mengiringi mereka.
Friday, 5 July 2013
Sense + Lepong Gaat VS Smk Balleh 2013
Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 9 Julai 2013, SENSE dan Sk Lepong Gaat telah berkunjung ke SMK Balleh untuk menerima jemputan sebagai pihak pelawat bagi perlawanan persahabatan di antara SENSE bergabung dengan Sk Lepong Gaat bertemu dengan tuan rumah.
Dua buah perahu telah bergerak dari Nanga Sempili menuju ke SMK Balleh. Perasaan yang meluap-luap untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan menjadikan kami sangat bersemangat menerima jemputan pihak tuan rumah.Ketibaan kami disambut baik oleh pihak tuan rumah. Terima kasih kami ucapkan di atas sambutan yang diberikan. Jasa baik warga SMK Balleh sentiasa kami kenang sampai bila-bila.
Setelah 45 minit bermain dalam tempoh masa pertama, tiada jaringan berjaya dijaringkan. Keadaan menjadikan kami lagi bersemangat untuk meledakkan gol pada tempoh masa kedua. Tetapi apakan daya, pertahanan pihak tuan rumah sangat kental dan perlawanan persahabatan berakhir dengan keputusan 0 - 0.
Berikut merupakan gambar yang dirakamkan sepanjang perlawanan berlangsung selama 90 minit. Gambar ini dirakamkan oleh guru perempuan kami iaitu Cik Rozianah.
Subscribe to:
Posts (Atom)















