Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Monday, 14 October 2013

Pameran Sains & Matematik 2013

Dengan kerjasama yang terjalin sesama warga guru, kami iaitu Panitia Matematik dan Panitia Sains telah merencanakan dan seterusnya menganjurkan satu aktiviti tahunan SENSE iaitu Pameran Sains & Matematik 2013.

Untuk pengetahuan semua, Ketua Panitia Matematik tahun ini ialah En. Putera bin Chali yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sementara itu, Ketua Panitia Sains pula iaitu En. Abdul Azif bin Madrukah. Guru-guru Sains dan Matematik yang lain turut tidak turut ketinggalan memberikan kerjasama sebelum, semasa dan selepas pameran ini. Guru-guru yang terlibat ialah En. Mohd Afiq bin Mohd Yusof, En, Iskandar Shah bin Ibrahim, En. Munan anak Meringai.


Aktiviti yang telah dianjurkan

Sains
  1. The Magic of Sound.
  2. Elektromagnet
  3. Paper Helicopter
  4. Circuit Challenge
  5. Kertas Terbakar Mampu Menyerap Air
  6. The Magic of Straw (Konsep tekanan yang wujud dalam botol)
  7. Pameran Organ Manusia
  8. Pameran Alatan Sains
  9. Menganggar Biji Kacang.
  10. Wheel of Fortune
  11. Tayangan Komputer "How It's Made" 

Matematik
  1. Tangram (3 cabaran)
  2. Ukur Lilit Pinggang Anda
  3. Memecahkan "Kod Rahsia "
  4. Sudut Mencabar Minda
    • Membentuk nombor yang berjumlah 15 dari mana-mana arah.
    • Membentuk segi tiga menggunakan 9 batang mancis.
  5. Pameran Wang Syiling & Kertas Malaysia
  6. Pameran Masa & Waktu
  7. Pameran Bentuk 2D dan 3D
  8. Pameran Pecahan.

Pameran telah berlansung pada 8 Oktober 2013 pada jam 2.30 petang sehingga jam 5.00 petang.

Aktiviti Refleksi telah dijalankan pada jam 6.30 petang di dataran perhimpunan sekolah. Setiap wakil murid dari setiap tahun telah dipilih bagi menyatakan perasaan, aktiviti yang diminati dan harapan mereka untuk tahun hadapan.

Semoga program seumpama ini dapat dijalankan sentiasa agar murid-murid dapat didedahkan dengan kehidupan sebenar yang mempunyai kaitan Sains dan Matematik.

Tahniah diucapkan!!!


Berikut Merupakan Slide Gambar Sepanjang Pameran.

Friday, 30 August 2013

Merdeka...Merdeka...Merdeka


Wednesday, 14 August 2013

DALAM KENANGAN SENSE 2013

Pada 8 Julai, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama di Dewan Perdana (Dewan Makan) bagi mengadakan Majlis Perpisahan (En, George & Pn. Jane) dan juga Majlis Guru Baru (Cik. Nordiana & Cik. Hafizah).

Majlis terebut telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Munan ak. Meringai. Kami warga SENSE yang lain turut bersedih dengan perpindahan 2 orang guru senior yang merupakan guru paling lama berkhidmat di sekolah ini. Jasa-jasa anda akan kami kenang. Walaupun begitu, pemergian mereka telah diisi oleh 2 orang guru perempuan baru yang merupakan pelatih guru IPG yang baru dipostingkan.

Buat pengetahuan semua, En. Geroge dan Pn. Jane merupakan pasangan suami isteri di sini. Mereka berdua telah bertemu jodoh ketika berkhidmat di sekolah ini lagi. Semoga SK Nanga Sempili menjadi kenangan manis bagi mereka sampai bila-bila.

Biodata ringkas En. George & Pn. Jane

En. George Romiko anak Bujang
Dilahirkan pada 18 Januari 1982
Mula berkhidmat di Sk Nanga Sempili pada 1 Mac 2004
Merupakan pengajar subjek Bahasa Melayu Tahun 5 & 6

Pn. Jane Tan Su Ling
Dilahirkan pada 21 Disember 1983
Mula berkhidmat di Sk Nanga Sempili pada 3 Januari 2006
Merupakan pengajar subjek Bahasa Inggeris tahun 3, 5 dan Guru Pendidikan Moral Tahun 1




Serba sedikit gambar majlis perpisahan yang berlangsung pada 8.00 malam.





Sunday, 4 August 2013

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SENSE 2013.

.....dan tidak lupa juga kepada......

Tujuh orang guru SENSE yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. 






Sunday, 7 July 2013

Ujian Bulanan Julai 2013


Setelah lama belajar untuk tahun ini, maka tibalah saat dan waktu untuk melihat prestasi murid-murid Sk Nanga Sempili di dalam Ujian Bulanan Julai yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Doakan yang terbaik untuk kejayaan mereka. 
Semoga kejayaan mengiringi mereka.
 
 

Friday, 5 July 2013

Sense + Lepong Gaat VS Smk Balleh 2013

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 9 Julai 2013, SENSE dan Sk Lepong Gaat telah berkunjung ke SMK Balleh untuk menerima jemputan sebagai pihak pelawat bagi perlawanan persahabatan di antara SENSE bergabung dengan Sk Lepong Gaat bertemu dengan tuan rumah.

Dua buah perahu telah bergerak dari Nanga Sempili menuju ke SMK Balleh. Perasaan yang meluap-luap untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan menjadikan kami sangat bersemangat menerima jemputan pihak tuan rumah.Ketibaan kami disambut baik oleh pihak tuan rumah. Terima kasih kami ucapkan di atas sambutan yang diberikan. Jasa baik warga SMK Balleh sentiasa kami kenang sampai bila-bila.

Setelah 45 minit bermain dalam tempoh masa pertama, tiada jaringan berjaya dijaringkan. Keadaan menjadikan kami lagi bersemangat untuk meledakkan gol pada tempoh masa kedua. Tetapi apakan daya, pertahanan pihak tuan rumah sangat kental dan perlawanan persahabatan berakhir dengan keputusan 0 - 0.

Berikut merupakan gambar yang dirakamkan sepanjang perlawanan berlangsung selama 90 minit. Gambar ini dirakamkan oleh guru perempuan kami iaitu Cik Rozianah.




Thursday, 27 June 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Pada 13 Jun 2013 yang lalu, seluruh warga SENSE telah bersama berkumpul di Dewan Makan sekolah bagi menyambut satu sambutan yang penuh bersejarah pada tahun ini. Sambutan yang dimaksudkan ialah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013. 

Pada sebelah pagi, majlis diserikan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh PK 1 iaitu En. Munan anak Meringai dan juga pembacaan perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh En. Abdul Azif bin Madrukah. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia", "Biarku Menjadi Lilin" dan juga "Warisan". Selepas itu, setiap orang murid tahun 6 memakaikan guru-guru dengan bunga hiasan sebagai simbolik untuk majlis ini. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang dirakamkan sepanjang majlis berikut:





Setelah berehat sebentar, sambutan dihangatkan lagi dengan aktiviti sukaneka diantara staff sekolah dan murid-murid tahun 6. Pelbagai aktiviti dimainkan sepanjang sukaneka tersebut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...