Monday, 6 May 2013
Muat Turun : MODUL SUSULAN LINUS 2.0
Modul ini boleh di muat turun dan boleh diguna untuk membantu murid LINUS yang berjaya ke aliran perdana.
Modul ini juga sesuai digunakan untuk murid kelas Pemulihan dan PROTIM (mengikut kesesuaian murid di sekolah masing-masing)
MODUL LINUS : DOWLOAD
Sumber : Web JPN Selangor
Muat turun: MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU 2013
Modul tatabahasa ini bertujuan sebagai nota ringkas untuk guru dan juga murid dalam memahami dengan lebih baik mengenai selok belok tatabahasa Bahasa Melayu.
Anjakan Isu : Buletin Bulanan Transformasi KPM
Pihak KPM telah memuat naik buletin yang diberikan nama sebagai "Anjakan" pada 2 Mei 2013 sebagai bacaan warga pendidik. Isu yang dihuraikan ialah:
1. Memahami kandungan PPPM: Aspirasi Sistem
2. 100 Hari Pertama PPPM
Bahan boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan ini :
Sebagai warga pendidik, sokongan anda amat diperlukan supaya transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan :)
'LIKE' FACEBOOK DAN 'FOLLOW' TWITTER HARI GURU 2013
10:21
No comments
Merujuk kepada di laman kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemberitahuan yang dimaklumkan adalah seperti berikut :
Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut:
Page Facebook Hari Guru 2013 : FACEBOOK
Twitter Hari Guru 2013 : TWITTER
Sedikit petikan maklumat daripada laman sesawang Facebook adalah seperti berikut:
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
Tuesday, 30 April 2013
SELAMAT HARI PEKERJA 2013
18:56
No comments
Sukacita dimaklumkan bahawa tema hari pekerja untuk tahun 2013 ini adalah
" Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"
" Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"
Kami pihak SENSE mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pekerja seluruh Malaysia. Manfaatkan cuti yang ada untuk berehat disamping keluarga.
Sunday, 28 April 2013
PROTIM & MODUL ASAS MENGIRA 2013
Apa itu PROTIM?
PROTIM dikenali sebagai Program Pemulihan 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira). Subjek yang berkait rapat dengan program ini ialah subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Program ini dijalankan kepada murid-murid yang belajar di tahun empat dan lima.
Siapa muridnya?
Murid yang terpilih ialah murid-murid yang lemah dalam asas 3M. Setelah 2 hingga 3 bulan murid berada di dalam tahun 4 dan 5, murid-murid akan menduduki ujian diaknostik yang dikenali sebagai Praujian PROTIM.
Jangkamasa?
Ujian ini akan berlansung dari bulan Mac hingga Oktober.
Cara Pelaksanaan?
Bagi
Praujian untuk Matematik, ujian mempunyai 4 bahagian iaitu bahagian
tambah, menolak, darab dan bahagi yang mana setiap bahagian mempunyai 10 soalan. Murid yang gagal menjawab betul 8
daripada 10 soalan, akan dimasukkan ke dalam kelas PROTIM. Jika murid
itu gagal bahagian darab, dia akan menduduki kelas PROTIM untuk
menguasai darab sahaja dan sebaliknya. Ujian yang dijalankan hendaklah adil dan tegas dan guru yang mengendalikan ujian ini tidak dibenarkan untuk menolong murid.
Siapa pengedali Kelas PROTIM?
Guru Matematik dan Bahasa Melayu yang dilantik oleh sekolah untuk membantu murid menguasai asas 3M. Guru PROTIM akan bekerjasama dengan Guru Pemulihan sekolah.
Dalam menjalankan Kelas PROTIM, pihak KPM telah menyediakan modul sebagai panduan kepada Guru PROTIM menjalankan kelas bimbingan dalam memulihkan masalah yang dihadapi oleh murid.
MODUL PROTIM - ASAS MENGIRA
Subscribe to:
Posts (Atom)














