Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Gambar Perbarisan Hari Perkhemahan Perdana SENSE 2014

Semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan perasmian Guru Besar SENSE

Guru Besar Sk. Nanga Sempili, En. Philip Nyalang anak Chundi sedang menyampaikan ucapan perasmian pada Hari Kecemerlangan SENSE 2014.

Pertandingan Permainan Tradisional

Terdapat 4 jenis permainan yang dipertandingkan dan semua murid tahap 2 terlibat dalam menjayakan program ini.

Hari Asrama Terbuka SENSE

SENSE dengan julung kalinya telah mengadakan aktiviti Asrama Terbuka untuk masyarakat setempat melihat dan menilai asrama yang terhebat untuk tahun 2014 ini.

Tinjauan Keadaan banjir di SENSE

Selepas seharian SENSE dilanda banjir, pihak Majlis Daerah Kapit telah datang menjenguk keadaan kami di sini. Terima kasih diucapkan.

SENSE dilanda banjir

Dalam tempoh 24 jam air Sungai Balleh sudah mula menaiki kawasan sekolah. Semua orang dalam keadaan berjaga-jaga.

Wednesday, 28 January 2015

Tinjauan Banjir oleh Majlis Daerah Kapit

Assalamuaaikum dan salam sejahtera.

Berikutan peristiwa SENSE hampir dilanda banjir, pihak sekolah telah didatangi sekumpulan ahli Majlis Daerah Kapit yang diketuai sendiri oleh Pengarah Kapit sendiri. Kedatangan mereka ke sekolah telah disambut mesra oleh guru besar sendiri dan juga beberapa orang guru lain. Mereka tiba sekitar jam 12 tengah hari bagi meninjau keadaan banjir yang melanda sekitar Sungai Balleh terutamanya SENSE sendiri. Selain daripada Majlis Daerah Kapit, beberapa wakil daripada pihak bomba turut turun padang meninjau tahap kerosakan dan keselamatan di sekolah.

Pada jam 1 tengah hari, mereka mula beredar menuju ke hulu, kawasan Sekolah Kebangsaan Temenggong Koh yang dikatakan telah dinaiki air pada 26 Januari yang lalu.

Setakat ini, tiada sebarang kerosakan dan kehilangan nyawa yang dilaporkan dalam banjir kali ini.


DETIK CEMAS BENCANA ALAM BANJIR 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isnin, 26 Januari 2015 merupakan hari yang mencemaskan penghuni SENSE apabila hujan turun dengan tanpa henti-hentinya telah mengakibatkan paras air sungai Balleh berada dalam keadaan bahaya.

Paras air mula naik sekitar jam 2 petang dengan air mula memasuki kawasan padang sekolah. Langkah kecemasan dan berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak, terutamanya murid-murid terjamin.

Kawasan yang mula dinaiki air telah diarahkan agar bersiap sedia dengan memindahkan segala barangan ke tempat yang lebih selamat. Manakala, bagi murid asrama Mabong, mereka telah ditempatkan sementara di asrama Keling 1 dan 2 kerana ditakuti air akan naik dan menyebabkan murid terperangkap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...