Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Monday, 17 November 2014

HARI ASRAMA TERBUKA SENSE 2014

Pada bulan November dan juga bulan terakhir persekolahan, SENSE telah mengadakan satu aktiviti di bawah Hal Ehwal Murid iaitu Hari Asrama Terbuka. Tujuan diadakan hari tersebut ialah bagi memberi peluang kepada para ibu bapa untuk melihat sendiri setiap infrastruktur yang disediakan di asrama sama ada memuaskan atau pun tidak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri iaitu En. Philip Nyalang ak Chundi. Lawatan asrama dimulakan...

Sunday, 16 November 2014

Malam Bintang Mencari Bintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Khamis merupakan hari yang bermakna SENSE di mana, banyak aktiviti yang dijalankan dalam masa satu hari. Pada sebelah pagi, SENSE telah menjalankan Pertandingan Permainan Tradisional. Pada sebelah petang pula, perasmian Asrama Terbuka dan juga Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring di antara warga SENSE bersama ibu bapa. Kini, pada sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti pertandingan karaoke yang diberi nama sebagai "Malam Bintang Mencari Bintang" Pertandingan...

SENSE VS BAPA-BAPA - PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena dengan Asrama Terbuka Peringkat SENSE, selepas sesi lawatan semua ibu bapa ke asrama, mereka telah dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan warga SENSE. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Ambau anak Janting dan keputusannya telah berpihak kepada SENSE dengan kiraan mata 2 - 1. Di sini disertakan gambar-gambar sepanjang sesi perlawanan persahabatan. ...

Saturday, 8 November 2014

Kami SENSE 2014 !!!

Assalamualaikum dan salah sejahtera. ...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (bhg akhir)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari kedua perkhemahan pula, merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap kumpulan telah dilepaskan bersama fasilitator sebagai pengiring murid masuk ke dalam hutan bagi meneruskan aktiviti kembara perkhemahan. Laluan kembara telah ditentukan pada hari Isnin lalu dan laluanya boleh dikatakan agak mencabar tetapi selamat. Setiap kumpulan dilepaskan setiap selang masa 5 hingga 8...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejathtera. Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah: 1)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...