Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Wednesday, 31 December 2014

Selamat Jalan Tahun 2014 & Selamat Datang Tahun 2015 !

Selamat tinggal kepada tahun 2014 dan selamat datang kepada tahun 2015. Slide gambar ini dihasilkan oleh Google+ sendiri dan admin telah memuat naik video ke dalam Youtube untuk tontonan ramai...

Monday, 15 December 2014

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL - Panitia PJK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada waktu sebelah pagi Asrama Terbuka SENSE, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan pertandingan permainan tradisional di antara 4 buah kumpulan. Permainan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :1) Baling Selipar2) Polices & Thieves3) Boling Kelapa4) Galah Panjang.Semua guru telah bekerjasama menyediakan segala peralatan dan tempat permainan sebelum pertandingan dijalankan. Semua permainan ini telah diadakan di atas padang SENSE yang terkenal dengan kesuburan rumput dan keselesaan...

Saturday, 13 December 2014

PELAN BANGUNAN SEKOLAH 2014

...

Monday, 17 November 2014

HARI ASRAMA TERBUKA SENSE 2014

Pada bulan November dan juga bulan terakhir persekolahan, SENSE telah mengadakan satu aktiviti di bawah Hal Ehwal Murid iaitu Hari Asrama Terbuka. Tujuan diadakan hari tersebut ialah bagi memberi peluang kepada para ibu bapa untuk melihat sendiri setiap infrastruktur yang disediakan di asrama sama ada memuaskan atau pun tidak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri iaitu En. Philip Nyalang ak Chundi. Lawatan asrama dimulakan...

Sunday, 16 November 2014

Malam Bintang Mencari Bintang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Khamis merupakan hari yang bermakna SENSE di mana, banyak aktiviti yang dijalankan dalam masa satu hari. Pada sebelah pagi, SENSE telah menjalankan Pertandingan Permainan Tradisional. Pada sebelah petang pula, perasmian Asrama Terbuka dan juga Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring di antara warga SENSE bersama ibu bapa. Kini, pada sebelah malamnya pula, aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti pertandingan karaoke yang diberi nama sebagai "Malam Bintang Mencari Bintang" Pertandingan...

SENSE VS BAPA-BAPA - PERSAHABATAN BOLA SEPAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena dengan Asrama Terbuka Peringkat SENSE, selepas sesi lawatan semua ibu bapa ke asrama, mereka telah dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan warga SENSE. Pertandingan ini telah diadili oleh En. Ambau anak Janting dan keputusannya telah berpihak kepada SENSE dengan kiraan mata 2 - 1. Di sini disertakan gambar-gambar sepanjang sesi perlawanan persahabatan. ...

Saturday, 8 November 2014

Kami SENSE 2014 !!!

Assalamualaikum dan salah sejahtera. ...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (bhg akhir)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari kedua perkhemahan pula, merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Setiap kumpulan telah dilepaskan bersama fasilitator sebagai pengiring murid masuk ke dalam hutan bagi meneruskan aktiviti kembara perkhemahan. Laluan kembara telah ditentukan pada hari Isnin lalu dan laluanya boleh dikatakan agak mencabar tetapi selamat. Setiap kumpulan dilepaskan setiap selang masa 5 hingga 8...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2014 (part 1)

Assalamualaikum dan salam sejathtera. Pada 3 hingga 7 November, SENSE telah menjalankan salah satu aktiviti tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili untuk tahun 2014 ini. Pada perkhemahan kali ini, murid tahap dua bersama empat orang murid tahun tiga yang dipilih sebagai pembantu kumpulan telah menyertai aktiviti ini. Murid-murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan fasilitatornya ialah: 1)...

Sunday, 28 September 2014

Cara Guna Dongle YES 4G - 1Bestarinet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk pengetahuan warga SENSE, sekolah telah menerima 5 unit dongle YES yang telah dibekalkan oleh pihak pembekal internet VSAT semasa iaitu syarikat YTL. Dongle YES dibekalkan kepada sekolah sebagai alternatif internet kepada 1Bestarinet yang diakses oleh warga sekolah di dalam kawasan sekolah. Manakala Dongle YES bersifat fleksibel dengan memberi kemudahan guru untuk mengakses internet di mana-mana sahaja...

Saturday, 27 September 2014

STOR SUKAN 2014

...

Tuesday, 16 September 2014

UPACARA MIRING & SEMBAHYANG UPSR 2014

Pada 8 September yang lalu, pihak sekolah telah menjalankan satu upacara keagamaan dan adat setempat bagi memohon doa dan restu untuk murid-murid tahun 6 menjalani peperiksaan UPSR 2014. Upacara yang dikenali sebagai Miring merupakan adat tradisi masayarakat di sini yang mana merupakan masyarakat  kaum Iban. Upacara ini berlangsung pada pukul 4.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Semua staf dan ibu bapa hadir bagi bersama-sama berdoa agar anak-anak mereka dapat menghadapi UPSR dengan penuh semangat dan berjaya. ...

Tuesday, 9 September 2014

SEMOGA BERJAYA UPSR 2014

From NADI ILMU BALLE...

Sunday, 24 August 2014

Cara Buang SHORTCUTS Virus

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin berkongsikan cara untuk kita memulihkan kembali fail di dalam pendrive / flash drive terutamanya yang sering disembunyikan oleh virus dan seterusnya menjadikan segala fail kita kepada bentuk SHORTCUT. Langkah 1 Scan pendrive kita dengan menggunakan software antivirus seperti Avast / Kaspersky / Avira / dll, untuk membuang virus yang wujud di dalamnya terlebih dahulu. Langkah 2 Pergi kepada...

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena dengan bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, pihak sekolah terutamanya panitia Pendidikan Seni Visual di bawah kelolaan En. Abdul Azif bin Madrukah telah mengadakan satu pertandingan yang sering kali dijalankan pada setiap tahun iaitu pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan. Pertandingan ini telah disertai oleh semua murid daripada tahun 1 sehinggalah tahun 6. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori tahap 1 dan kategori tahap 2. Murid-murid dikehendaki mewarna...

Saturday, 19 July 2014

SOALAN PERCUBAAN UPSR DAERAH KAPIT 2014

...

Thursday, 10 July 2014

SUKAN TAHUNAN SENSE 2014

1 Murid 1 Sukan adalah merupakan dasar dari Kementerian Pendidikan yang baru-baru ini diwujudkan bagi memastikan setiap murid berkebolehan untuk menjalani aktiviti di luar PDP dengan baik. Salah satu daripada usaha SENSE yang diteruskan pada setiap tahun yang senada dengan dasar ini adalah SENSE telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-23. Semua peringkat komuniti telah turut hadir dalam menjayakan aktiviti ini. Pada tahun ini, rumah sukan telah berubah. Kami sepakat untuk menggunakan nama planet-planet yang berada di cakerawala sebagai...

KEM MOTIVASI UPSR ZUBAL - 2014

 Pada 2 Ramadhan bersamaan dengan 30 Jun, seramai 11 orang murid tahun 6 SENSE diiringi 4 orang guru tahun enam dan 6 orang pemandu telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Nanga Stapang bagi menghadiri satu kem motivasi UPSR. Perjalanan bermula pada pukul 7:30 pagi dan telah tiba di destinasi pada pukul 10 pagi. Sebanyak 3 buah perahu telah digerakkan menuju ke SK Nanga Stapang. Kem ini bermula pada hari Isnin, 30 Jun dan berakhir pada 3 Julai pada hari Khamis. Sebanyak 6 buah sekolah termasuk tuan rumah telah berkumpul di sana bagi sama-sama...

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SENSE 2014

Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi Pada 19 Mei 2014 yang lalu, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama menjayakan satu majlis yang penting bagi kami semua iaitu sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili. Majlis ini turut dihadiri oleh semua guru, AKS dan juga murid-murid. Pada tahun ini agak berlainan dengan tahun-tahun terdahulu apabila hadiah guru guru telah dijual terlebih awal kepada murid-murid di atas usaha Persatuan Kemahiran Hidup. Murid-murid telah membeli cenderamata untuk dihadiahkan kepada guru-guru sebagai...

Saturday, 8 March 2014

Muat Turun Sendiri Data EMIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk makluman semua, kata-kata keramat untuk data yang sering diwar-warkan di PPD Kapit adalah Tepat, Sahih dan Terkini. Di sini, ada maklumat untuk warga SENSE iaitu anda boleh memuat turun data peribadi sebagai pegawai melalui Educational Management Information System (EMIS) dengan cara-cara berikut: *No K/P dan katalaluan adalah nombor yang sama.  ...

Monday, 3 March 2014

Menjadikan Laptop sebagai Router WIFI

ASSALAMUALAIKUM & Selamat Sejahtera Pada zaman ini adalah zaman telefon pintar. Setiap orang pasti memiliki satu telefon pintar. Sememangnya, setiap telefon mempunyai wireless dan gajet ini sangat penting di kawasan sekolah terutamanya di kawasan sekolah pedalaman yang tiada jaringan telefon. Masalahnya ialah, signal wireless tersebut tidak terlalu kuat apabila di dalam rumah berikutan sumber internet, iaitu wireless router sekolah terletak...

Friday, 7 February 2014

CARTA ORGANISASI PEGAWAS SEKOLAH 2014

SELAMAT DATANG Bagi tahun 2014 ini, Lembaga Pengawas telah dibentuk melalui pemilihan murid-murid yang mempunyai bakat kepimpinan yang hebat dalam kalangan murid SENSE. Berikut merupakan Carta Organisasi Lembaga Pengawas bagi tahun 2014 ini. ...

"Nadi Ilmu Balleh" Berwajah Baru, 2014

HELLO everyone BERSEMPENA dengan tahun 2014, pihak admin telah menukarkan 'Blog Header' lama yang digunakan sepanjang tahun 2013 dulu dengan yang baru. 2013 2014 Header baru masih mengekalkan bangunan pentadbiran SENSE sebagai latar belakang utama tetapi daripada sudut yang berlainan. Sementara itu, Visi dan Misi SENSE yang terbaru telah dimasukkan ke dalam Header Baru. Semoga beroleh manfaat bersama ...

Selamat Datang & Selamat Tinggal

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA Pada tahun baru ini, pihak SENSE ingin mengucapkan selamat datang kepada: En. Kuntiek ak. Kedu (dari SK. Ng Bena, Kapit) Cik. Halida ak. Jawan (IPGM Kampus Rajang) Cik. Semas ak. Mundu (SK. Ng Bawai, Kapit)   yang telah datang melapor untuk menyambung khidmatnya pada tahun 2014 ini.  Selamat tinggal dan sayonara diucapkan kepada beberapa orang guru lama SENSE yang telah berpindah ke stesen baru iaitu: Cik. Bawang ak. Usik (ke SK. Ulu Yong, Kapit) En. Austin ak. Taboh (SK. Ng...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...