Calon UPSR Tahun 6 sesi 2014

Sesi fotografi ketika menghadiri Kem Motivasi UPSR 2014 di Sk Nanga Stapang.

Saturday, 30 November 2013

Hari Kecemerlangan 2013 SENSE

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Sebelum tirai tahun 2013 dilabuhkan sebagai simbolik akan tamatnya sesi persekolahan dan juga permulaan bagi cuti persekolahan pada tahun ini, Sekolah Nanga Sempili (SENSE) telah mengadakan Hari Kecemerlangan 2013 dengan gilang-gemilanya. TAHNIAH!!! diucapkan kepada murid SENSE yang telah berjaya dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang akademik mahu pun bidang kokurikulum.  Kepada murid-murid tahun 6 , kami warga SENSE mendoakan kecemerlangan anda di luar sana. Jadilah insan yang...

Modul FROG VLE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selaras dengan kemajuan dalam bidang pendidikan di Malaysia, warga guru telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan Frog VLE masing-masing yang bertujuan digunakan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, untuk memudahkan warga guru membina, mengurus dan mengatur 'dashboard' masing-masing, di sini telah disertakan bersama pautan muat turun untuk kegunaan guru-guru. *Hanya klik...

Wednesday, 27 November 2013

BAHAN KSSR & PBS TAHUN 4 TAHUN 2014

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Syukur kepada tuhan kerana segala taklimat mengenai KSSR & PBS Tahun 4 untuk tahun 2014 untuk peringkat daerah dan peringkat sekolah telah selesai dijalankan. Segala maklumat telah disebarkan kepada warga guru yang lain dan juga telah dikumpulkan.  Di sini, SENSE ingin berkongsikan dokumen-dokumen penting yang diperoleh hasil daripada taklimat di Kapit pada bulan Oktober lalu mengenai perlaksanaan...

Sunday, 10 November 2013

TAKWIM 2014

Takwim 2014 telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian pendidikan Malaysia. Takwim persekolahan ini terbahagi kepada 2 bahagian. Untuk warga SENSE,  takwim untuk kita adalah di bahagian kedua. Takwim ini disediakan dalam bentuk PDF. Silakan muat turun tanpa ragu-ragu   D.O.W.N.L.O.A.D...

LIGA BOLA SEPAK & BOLA JARING

Pada 6 November yang lalu, SENSE telah menjalankan satu aktiviti tradisi sekolah iaitu Liga Bola Sepak & Liga Bola Jaring antara rumah sukan. Terdapat empat buah rumah sukan yang terlibat dalam pertandingan ini iaitu Rumah Bouganvillea, Jasmine, Rafflesia dan rumah Alamanda. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 7 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Semua murid dan guru sama-sama berkumpul di padang sekolah bagi menjayakan aktiviti...

Monday, 14 October 2013

Pameran Sains & Matematik 2013

Dengan kerjasama yang terjalin sesama warga guru, kami iaitu Panitia Matematik dan Panitia Sains telah merencanakan dan seterusnya menganjurkan satu aktiviti tahunan SENSE iaitu Pameran Sains & Matematik 2013. Untuk pengetahuan semua, Ketua Panitia Matematik tahun ini ialah En. Putera bin Chali yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sementara itu, Ketua Panitia Sains pula iaitu En. Abdul Azif bin Madrukah. Guru-guru Sains dan Matematik yang lain turut tidak turut ketinggalan memberikan kerjasama sebelum, semasa dan selepas...

Friday, 30 August 2013

Merdeka...Merdeka...Merdeka

...

Wednesday, 14 August 2013

DALAM KENANGAN SENSE 2013

Pada 8 Julai, warga SENSE telah berkumpul bersama-sama di Dewan Perdana (Dewan Makan) bagi mengadakan Majlis Perpisahan (En, George & Pn. Jane) dan juga Majlis Guru Baru (Cik. Nordiana & Cik. Hafizah). Majlis terebut telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Munan ak. Meringai. Kami warga SENSE yang lain turut bersedih dengan perpindahan 2 orang guru senior yang merupakan guru paling lama berkhidmat di sekolah ini. Jasa-jasa anda akan kami kenang. Walaupun begitu, pemergian mereka telah diisi oleh 2 orang guru perempuan...

Sunday, 4 August 2013

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SENSE 2013. .....dan tidak lupa juga kepada...... Tujuh orang guru SENSE yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.  ...

Sunday, 7 July 2013

Ujian Bulanan Julai 2013

Setelah lama belajar untuk tahun ini, maka tibalah saat dan waktu untuk melihat prestasi murid-murid Sk Nanga Sempili di dalam Ujian Bulanan Julai yang akan berlangsung tidak lama lagi.  Doakan yang terbaik untuk kejayaan mereka.  Semoga kejayaan mengiringi mereka.    ...

Friday, 5 July 2013

Sense + Lepong Gaat VS Smk Balleh 2013

Pada hari Selasa yang lalu bersamaan 9 Julai 2013, SENSE dan Sk Lepong Gaat telah berkunjung ke SMK Balleh untuk menerima jemputan sebagai pihak pelawat bagi perlawanan persahabatan di antara SENSE bergabung dengan Sk Lepong Gaat bertemu dengan tuan rumah. Dua buah perahu telah bergerak dari Nanga Sempili menuju ke SMK Balleh. Perasaan yang meluap-luap untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan menjadikan kami sangat bersemangat menerima jemputan pihak tuan rumah.Ketibaan kami disambut baik oleh pihak tuan rumah. Terima kasih kami...

Thursday, 27 June 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Pada 13 Jun 2013 yang lalu, seluruh warga SENSE telah bersama berkumpul di Dewan Makan sekolah bagi menyambut satu sambutan yang penuh bersejarah pada tahun ini. Sambutan yang dimaksudkan ialah Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013.  Pada sebelah pagi, majlis diserikan lagi dengan ucapan yang disampaikan oleh PK 1 iaitu En. Munan anak Meringai dan juga pembacaan perutusan Hari Guru yang disampaikan oleh En. Abdul Azif bin Madrukah. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia", "Biarku Menjadi Lilin" dan...

Wednesday, 12 June 2013

Sukan Tahunan SENSE ke-22 tahun 2013

Pada 12 Jun 2013 merupakan satu detik yang bersejarah buat SENSE apabila telah berjaya menganjurkan Sukan Tahunan kali ke-22. Semua guru dan murid terlibat sama dalam menjayakan aktiviti sukan ini. Aktiviti sukan telah bermula seawal pagi jam 6.30 pagi lagi dengan kehadiran ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak mereka. Pihak SENSE mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga SENSE kerana dapat menyediakan padang dan balapan untuk sukan...

Thursday, 9 May 2013

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

  Pada hari Selasa akan datang bersamaan 14 Mei 2013, semua murid dan guru SENSE akan terlibat dalam menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Semua murid WAJIB menjawab kesemua kertas ujian yang disediakan dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Manakala warga guru dan staff SENSE ditugaskan menjaga kelas yang menjalani peperiksaan berdasarkan kepada jadual pengwasan yang telah disediakan oleh pihak Setiausaha Unit Peperiksaan. Semoga...

Muat Turun : MODUL MENTOR MENTEE

Pada 9 Mei 2013, SENSE telah mengadakan taklimat mengenai cara pelaksanaan Program Guru Penyayang dan Program Mentor Mentee. Sehubungan dengan itu, semua guru perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan program-program anjuran KPM berjalan dengan baik dan lancar. Pihak KPM telah menyediakan Panduan Pelaksanaan dan Modul Program Mentor Mentee yang mana modul ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dalam melaksanakan Program...

Monday, 6 May 2013

Muat Turun : MODUL SUSULAN LINUS 2.0

Modul ini boleh di muat turun dan boleh diguna untuk membantu murid LINUS yang berjaya ke aliran perdana. Modul ini juga sesuai digunakan untuk murid kelas Pemulihan dan PROTIM (mengikut kesesuaian murid di sekolah masing-masing) MODUL LINUS : DOWLOAD Sumber : Web JPN Selango...

Muat turun: MODUL TATABAHASA BAHASA MELAYU 2013

Modul tatabahasa ini bertujuan sebagai nota ringkas untuk guru dan juga murid dalam memahami dengan lebih baik mengenai selok belok tatabahasa Bahasa Melayu. BAHAGIAN 1 : MORFOLOGI BAHAGIAN 2 : SINTAKSIS Sumber : Laman web JPN Selango...

Anjakan Isu : Buletin Bulanan Transformasi KPM

Pihak KPM telah memuat naik buletin yang diberikan nama sebagai "Anjakan" pada 2 Mei 2013 sebagai bacaan warga pendidik. Isu yang dihuraikan ialah:     1.  Memahami kandungan PPPM: Aspirasi Sistem     2.  100 Hari Pertama PPPM Bahan boleh dimuat turun melalui pautan yang disediakan ini : DOWNLOAD Sebagai warga pendidik, sokongan anda amat diperlukan supaya transformasi pendidikan negara dapat direalisasikan...

'LIKE' FACEBOOK DAN 'FOLLOW' TWITTER HARI GURU 2013

Merujuk kepada di laman kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pemberitahuan yang dimaklumkan adalah seperti berikut : Page Facebook dan Twitter telah dibina sempena perayaan Hari Guru 2013. Layari pautan-pautan berikut: Page Facebook Hari Guru 2013 : FACEBOOK Twitter Hari Guru 2013 : TWITTER Sedikit petikan maklumat daripada laman sesawang Facebook adalah seperti berikut: HURAIAN TEMA HARI GURU 2013GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDAHURAIAN 1ASPIRASI:Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan...

Tuesday, 30 April 2013

SELAMAT HARI PEKERJA 2013

    Sukacita dimaklumkan bahawa tema hari pekerja untuk tahun 2013 ini adalah " Pekerja Pemangkin Transformasi Negara"     Kami pihak SENSE mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga pekerja seluruh Malaysia. Manfaatkan cuti yang ada untuk berehat disamping keluarg...

Sunday, 28 April 2013

CARTA ORGANISASI HEM 2013

...

PROTIM & MODUL ASAS MENGIRA 2013

Apa itu PROTIM? PROTIM dikenali sebagai Program Pemulihan 3M iaitu (membaca, menulis dan mengira). Subjek yang berkait rapat dengan program ini ialah subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Program ini dijalankan kepada murid-murid yang belajar di tahun empat dan lima. Siapa muridnya? Murid yang terpilih ialah murid-murid yang lemah dalam asas 3M. Setelah 2 hingga 3 bulan murid berada di dalam tahun 4 dan 5, murid-murid akan menduduki ujian...

Thursday, 14 March 2013

Kelas Permata Bestari

Pada tahun ini merupakan tahun yang membawa tuah kepada SENSE. Pada awal tahun 2013, seorang guru yang berpindah dari Sekolah Desa Permai di Kinabatangan telah datang melaporkan diri dan berkhidmat di SENSE. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Ambau anak Janting. Guru ini merupakan opsyen pemulihan dan turut merupakan Guru Cemerlang dalam bidangnya. SENSE sangat bersyukur mudah-mudahan beliau dapat membantu murid-murid yang lemah menguasai ilmu asas yang sangat berguna pada masa hadapan mereka. Banyak perubahan yang beliau lakukan di sekolah....

Tuesday, 12 March 2013

LINUS 2.0 - Ujian Lisan

Dalam memperkasakan Sistem Pendidikan Kebangsaan, salah satu daripada Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang telah direncanakan oleh pihak KPM ialah LINUS. Perkataan LINUS ini sendiri adalah merupakan akronim atau pun singkatan daripada "Literacy and Numeracy Screening".  Bermula pada tahun ini, KPM telah pun memperkenalkan LINUS 2.0 yang merupakan kesinambungan daripada LINUS terdahulu. Berdasarkan kepada surat daripada KPM yang sampai...

Saturday, 2 March 2013

SENSE vs SMK BALLEH

Pada 26 Februari yang lalu, perlawanan persahabatan di antara SENSE dengan SMK Balleh telah berlangsung. Perlawanan 7 sebelah ini telah bermula ada jam 4 petang. Sepanjang perlawanan sedang berlangsung, keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan. Walaupun begitu, dengan semangat kesukanan yang ada, kami terus berjuang untuk cuba menjaringkan gol di pihak lawan. Apabila wisel penamat ditiupkan, kami telah tewas di tangan pihak lawan dengan jaringan sebanyak 6 gol berbalas kosong. Walaupun SENSE tewas, tetapi kami tidak tewas sepenuhnya lagi. Kami...

Sunday, 24 February 2013

LOKASI SENSE

Di manakah lokasi sebenar SK Nanga Sempili? Dengan berbantukan teknologi masa kini, lokasi SENSE telah dapat dikenal pasti dengan menggunakan aplikasi Google Map di dalam telefon pintar dengan sokongan sistem GPS. ...

Friday, 22 February 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN 2013

Pada 20 Februari yang lalu, 3 orang pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Merirai yang terletak berdekatan dengan SENSE telah datang menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap guru, kakitangan dan murid sekolah. Pihak SENSE sangat berterima kasih dengan kehadiran mereka datang untuk memeriksa tahap kesihatan kami di sini.  Hal ini kerana pada bulan Januari yang lalu dan baru-baru ini, kawasan Sungai Balleh telah dikejutkan dengan masalah kesihatan yang serius iaitu penyakit kuman air atau pun kencing tikus dalam kalangan guru dan murid....

Thursday, 7 February 2013

Bantuan Persekolahan 1 Malaysia

Selamat sejahtera & salam 1 Malaysia. Pada 5 Februari 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili telah menyampaikan Bantuan Persekolahan 2013 kepada setiap murid yang telah mendaftar pada tahun ini. Semua warga guru dan staf turun padang bersama-sama untuk menjayakan majlis ini. Bantuan persekolahan ini telah disampaikan oleh YDP PIBG 2013 iaitu En. Intai ak. Gindau. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar menggunakan wang bantuan itu dengan sebaiknya. Berikut adalah foto-foto yang diambil sempena penyampaian wang Bantuan...

Thursday, 31 January 2013

SENARAI NAMA STAFF SENSE 2013

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada tahun 2013 ini, Sekolah Kebangsaan Nanga Sempili mempunyai 25 orang kakitangan yang terdiri daripada 16 orang guru dan 9 orang AKS. Sekolah kami ditadbir oleh seorang guru besar iaitu En. Philip Nyalang ak. Chundi dan dibantu oleh tiga orang penolong kanan iaitu PK1, En. Munan ak. Meringai, PKHEM, En. Putera bin Chali dan Cik Bawang ak. Usik sebagai PKKK. Bagi kakitangan sekolah pula, 9 orang...

Friday, 25 January 2013

PEMBERSIHAN DEWAN MAKAN SEKOLAH

Selamat Sejahtera & Salam 1 Malaysia. Pada 22 Januari yang lalu, seluruh warga SENSE telah bersama-sama mengambil bahagian dalam melaksanakan satu aktiviti gotong-royong membersihkan Dewan Makan sekolah. Semua guru dan murid telah menyumbangkan tenaga dalam membersihkan seluruh kawasan dewan. Aktiviti ini telah bermula pada jam 3:30 petang dan telah berakhir pada jam 5:00 petang. Berikut merupakan sedikit gambar ketika aktiviti gotong-royong dijalankan. ...

SENARAI NAMA MURID SESI 2013

SENARAI NAMA MURID SK. NANGA SEMPILI 2013       ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...